awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar cuti rehat khas guru dinaikkan ke 15 hari - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
30/08/2022
03:17 MYT
Kadar cuti rehat khas guru dinaikkan ke 15 hari - PM
Ismail Sabri berkata ia bakal memberi manfaat kepada 500,000 guru bagi urusan mustahak dan kecemasan. -Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menambah kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah 15 hari kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat lebih 10 tahun.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia memberi manfaat kepada 500,000 guru bagi urusan mustahak dan kecemasan.
“Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.
“Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi,” jelasnya.
Sementara itu, Ismail turut mengumumkan kerajaan bersetuju agar kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam disegerakan.
Ujarnya, kajian itu akan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan serta kemampuan kewangan kerajaan.
"Keluh kesah anggota perkhidmatan awam sentiasa didengari oleh Kerajaan.
"Justeru, Kerajaan bersetuju agar Jabatan Perkhidmatan Awam menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan agar relevan dengan keadaan semasa serta kemampuan kewangan Kerajaan," jelasnya.
Pengumuman itu dibuat ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Cuti Rehat Khas
#guru
#Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan