awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar gaji minimum kekal atau naik masih dibincangkan MPGN - Saravanan

Bernama
Bernama
19/11/2021
10:35 MYT
Kadar gaji minimum kekal atau naik masih dibincangkan MPGN - Saravanan
Saravanan berkata, antara dibincangkan dalam mesyuarat MPGN semalam ialah cadangan daripada majikan agar kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Cadangan sama ada kadar gaji minimum dikekalkan atau dinaikkan masih dalam perbincangan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sebelum dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah membentangkan hasil dapatan serta syor Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 pada mesyuarat MPGN yang berlangsung semalam.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah cadangan daripada majikan agar kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan manakala pihak pekerja mengesyorkan supaya kadar gaji minimum dapat dinaikkan.
"Namun demikian, MPGN belum membuat sebarang keputusan pada mesyuarat tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Saravanan perbincangan serta perincian lanjut akan bersambung dalam mesyuarat MPGN pada 9 Dis ini sebelum dikemukakan untuk pertimbangan serta persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri.
Kajian Impak dan Kajian Semula PGM 2020 dilaksana JTPGN menerusi perundingan awam dan sesi libat urus membabitkan wakil majikan dan pekerja, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapatkan input tentang impak pelaksanaan gaji minimum terhadap sosioekonomi negara.
Mengikut Akta MPGN 2011 (Akta 732), PGM hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
PGM 2020 berkuat kuasa pada 1 Feb 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#M Saravanan
#Majlis Perundingan Gaji Negara
#kenaikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan