PETALING JAYA: Kadar Indeks Jenayah bagi seluruh negara turun 1.1 peratus apabila 25,482 kes direkodkan bagi Januari hingga Jun tahun ini berbanding 25,774 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Bukit Aman Datuk K. Kumaran berkata ini sekali gus menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan keadaan keselamatan negara pada tahap yang baik.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 16,518 kes telah diselesaikan bersamaan 64.8 peratus berbanding kadar kes yang ditetapkan pada 45 peratus.
"Ini menunjukkan dalam setiap 10 kes, enam hingga tujuh kes berjaya diselesaikan.
Walaupun indeks jenayah menunjukkan penurunan setiap tahun, kita tidak seharusnya leka sebaliknya harus berusaha lebih gigih lagi bagi memastikan jenayah terus dibendung dalam memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai," katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian penutupan Program Kesedaran Pencegahan Jenayah 2023 Anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Kumaran berkata berbeza pula untuk jenayah siber yang menunjukkan peningkatan kes yang melibatkan mangsa antaranya ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar, wanita dan mereka yang tiada pekerjaan.
Beliau berkata pada 2019, sebanyak 13,703 kes dicatatkan dan bertambah kepada 17,227 pada tahun 2020 dan pada 2021 sebanyak 20,701 kes.
"Peningkatan kes jenayah siber ini berkait rapat dengan situasi semasa dalam negara apabila ramai di antara kita menjadikan Internet sebagai platform untuk melakukan tugasan bekerja dari rumah, pembelajaran secara maya, membeli belah dan melakukan transaksi perbankan," katanya.
Terdahulu, Kumaran melancarkan aplikasi SOS Fastlane yang bertujuan memudahkan orang ramai untuk menghubungi pihak berkuasa jika berlaku sebarang kecemasan.
Hasil kolaborasi bersama Fastlane Emergency Resources Group Sdn Bhd dan MCPF serta PDRM ini mampu memberi bantuan kecemasan 24 jam kepada orang awam dengan hanya menekan butang kecemasan pada aplikasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Bukit Aman Datuk K. Kumaran pada ucapan perasmian penutupan Program Kesedaran Pencegahan Jenayah 2023 Anjuran MCPF Selangor. - Foto BERNAMA
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China.
Hubungan komprehensif 68 tahun Malaysia-Jepun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ucaptama pada sesi pertama dan hari pertama, Persidangan Nikkei 2024 pada Khamis.
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Tayar lori tercabut, lelaki dalam kereta tersepit
Seorang lelaki tersepit dalam kereta dipandunya yang remuk akibat terkena tayar sebuah lori yang tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim berhampiran Istana Negara di sini, kelmarin.
[TERKINI] Diskaun saman 50 peratus pada Sabtu dan Ahad di Dataran Pahlawan
Faisal Halim dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata doctor pakar akan menjalankan pemerhatian ke atas Faisal atau terkenal dengan jolokan 'Mickey' pada esok.
#AWANI745
#AWANI745
Faisal Halim dijangka kembali beraksi 3 hingga 6 bulan lagi
Faisal Halim dijangka dapat beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada proses pemulihan yang akan dilaluinya.
#AWANI745
#AWANI745
Jaminan keselamatan makanan untuk hidangan kepada 31,600 jemaah
Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memastikan penyediaan makanan untuk jemaah haji Malaysia memenuhi kriteria serta syarat ditetapkan dan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan, penyajian sehingga penghantaran.
#AWANI745
#AWANI745
Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry
Malaysia dianggap antara negara yang terkedepan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di dua mahkamah berasingan pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai 600 ribu ringgit.
#AWANI745
#AWANI745
M Nasir akui pernah putus asa, kecewa industri seni tempatan tidak sebaris Korea Selatan
Kata M Nasir, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada di tahap sekarang.
Kadar Indeks Jenayah Malaysia turun 1.1 peratus
Kadar Indeks Jenayah bagi seluruh negara turun 1.1 peratus apabila 25,482 kes direkodkan bagi Januari hingga Jun tahun ini berbanding 25,774 kes bagi tempoh sama tahun lepas.