KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut.

Pada Sabtu, angka itu menurun kepada 0.90 berbanding 0.92 hari sebelumnya.

Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.14

Ini diikuti Sabah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Sarawak, Johor, Selangor dan Melaka.

Seterusnya, Perak, Pahang, Putrajaya, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.