BANGI: Kajian Pengesanan Graduan bagi tahun 2020 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merekodkan kadar kebolehpasaran graduan pada tahun lepas adalah 84.4 peratus, menurun sedikit berbanding 86.2 peratus pada 2019, kata Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Data itu bagaimanapun melepasi unjuran awal KPT iaitu sebanyak 75 peratus berikutan situasi negara ketika itu yang dilanda pandemik COVID-19, katanya.
"Dalam keadaan negara yang berdepan dengan kesukaran kesan pandemik COVID-19 khususnya dari aspek ekonomi yang menguncupkan peluang pekerjaan, penurunan 1.8 peratus boleh dikatakan tidak begitu ketara," katanya, serta menambah intervensi yang dilaksanakan KPT dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan boleh dikatakan berkesan.
Noraini berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat penempatan perantisan Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0, KPT-Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), di sini pada Jumaat. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus.
Antara inisiatif peningkatan kerjaya yang dilaksanakan KPT ialah program pembangunan keusahawanan seperti kolaborasi dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd yang menyediakan platform melatih graduan dalam bidang keusahawanan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam program KPT-MEDAC Siswapreneur, katanya.
"KPT juga melaksanakan program padanan pekerjaan seperti melalui kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan program kebolehpasaran graduan secara kolaborasi bersama rakan-rakan strategik kementerian," katanya.
"Kementerian sentiasa komited dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memastikan graduan mendapat penempatan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan. Strategi dan insiatif yang telah dirangka akan dipastikan pelaksanaannya dari semasa ke semasa melalui pemantauan berterusan," katanya.
Noraini berkata Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0 KPT-MTDC yang dilaksanakan pada 2018 telah memberikan hasil yang positif apabila kira-kira 80 peratus atau 243 peserta daripada 303 graduan yang ditawarkan tempat secara perantisan, telah menerima tawaran pekerjaan secara tetap.
Pada program kali ini, katanya seramai 200 graduan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) ditawarkan tempat perantisan di 177 syarikat tempatan untuk tempoh tiga bulan dan mereka perlu melalui empat fasa latihan iaitu Career Enhancement Workshops; Industry Speed Interview; Industry Attachment; dan Job Placement.
"Graduan yang menyertai program ini akan diberikan padanan pekerjaan yang bersesuaian dengan permintaan industri dalam bentuk perantisan sebaik sahaja menamatkan latihan, seterusnya ditawarkan pekerjaan tetap jika menunjukkan prestasi yang baik," katanya.
Sementara itu, Norhalim berkata dijangkakan lebih 80 peratus peserta Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0 KPT-MTDC 2020-2021 akan diserap untuk bekerja di syarikat tempat mereka menjalani perantisan.
Beliau berkata program penempatan graduan itu bukan sahaja menyediakan tempat perantisan bagi graduan malah turut membantu syarikat kecil terutamanya di bawah ekosistem teknologi untuk mendapatkan calon pekerja yang berkaliber.
"Dalam keadaan sekarang, syarikat-syarikat kecil ini mungkin tidak mampu nak buat tempoh percubaan selama enam bulan, jadi dengan adanya program ini, kita berharap ia dapat membantu syarikat teknologi yang masih di fasa membangun, untuk mendapatkan warga kerja yang berkualiti," katanya.
Norhalim berkata MTDC sedang berbincang dengan KPT untuk meneruskan program penempatan graduan berkenaan.
Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0 KPT-MTDC 2020-2021 memberikan pendedahan kepada peserta tentang persekitaran pekerjaan di syarikat yang berteraskan Industri 4.0 melalui modul latihan secara hibrid merangkumi soft skills dan hard skills.
Latihan yang diberikan tidak hanya terhad kepada 'amalan industri terbaik' dan standard Industri 4.0, tetapi turut menekankan aspek ketrampilan diri bagi meningkatkan keyakinan graduan untuk memasuki alam pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021
Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0 KPT-MTDC 2020-2021 memberikan pendedahan kepada peserta tentang persekitaran pekerjaan di syarikat yang berteraskan Industri 4.0 melalui modul latihan secara hibrid. - Foto BERNAMA
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.
KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.
Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan
Usahawan kecil tidak perlu risau mengenai aspek modal kerana kerajaan sentiasa mempunyai skim bantuan kewangan khusus untuk mereka.
KUSKOP jamin bantu mudahkan usahawan PKS kembangkan perniagaan - Ramanan
KUSKOP memberi jaminan untuk membantu memudahkan pemain industri PKS mengembangkan lagi perniagaan mereka termasuk dari aspek pembiayaan kewangan.
Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Jelajah Jiwa SME: Ramai usahawan dilahirkan, bukti kejayaan 'Santai Namun Sampai 2023'
Kejayaan program santai namun sampai termasuk di tiga lokasi penganjuran jelajah jiwa SME di Kota Bharu, Bukit Mertajam & Kuala Lumpur bukti lebih usahawan dilahirkan.
1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan - Menteri KUSKOP
1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Usahawan produk organik muncul sebagai pemenang 'Saya Jual' jelajah Jiwa SME
Warga Kota Bharu tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan memberi untuk memeriahkan acara sejak jam 11 pagi.
Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
KUSKOP lancar TUBE, BEEP dan BRTani sempena Pesta Kaamatan
Program Usahawan Dan Koperasi Madani bersempena Pesta Kaamatan menyaksikan tiga Program Pembangunan Usahawan dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, baru-baru ini.