awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar lesen pelihara anjing kekal RM10 seekor - MPM

Bernama
Bernama
11/01/2023
07:25 MYT
Kadar lesen pelihara anjing kekal RM10 seekor - MPM
Keputusan itu dibuat selepas kajian semula dilakukan dan kadar lesen anjing dikekalkan seperti yang termaktub sebelum ini iaitu RM10 seekor. - Gambar fail
IPOH: Kadar bayaran lesen peliharaan anjing di bawah seliaan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kekal walaupun selepas notis pelaksanaan peraturan baharu yang dikeluarkan bagi tahun 2023.
Jurucakap MPM berkata keputusan itu dibuat selepas kajian semula dilakukan dan kadar lesen anjing dikekalkan seperti yang termaktub sebelum ini iaitu RM10 seekor.
"Setelah mengkaji semua aspek serta mengambil kira tahap kesediaan pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan dasar lesen digital anjing, MPM mengambil keputusan kadar bayaran tidak berubah.
"Permohonan lesen anjing boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan pelanggan MPM dan pertambahan RM140 dibatalkan dan bukannya seperti dimaklumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu pemilik anjing yang tidak mempunyai lesen anjing yang sah dari MPM, kompaun RM250 akan dikenakan tanpa sebarang rayuan.
"Penduduk daerah Manjung yang memiliki anjing diseru untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka agar sama-sama dapat mengawal masalah yang melibatkan haiwan peliharaan ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lesen peliharaan
#anjing
#MPM
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan