Penstrukturan dan penyelarasan sistem levi baharu pekerja asing yang mengekalkan pengklusteran levi kepada dua kategori, berkuat kuasa hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kadar levi baharu bagi Kategori Pertama yang merangkumi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM1,850, manakala Kategori Kedua membabitkan sektor perladangan dan pertanian pula sebanyak RM640.
Beliau berkata kadar baharu itu melibatkan peningkatan bayaran levi sebanyak RM600 bagi sektor perkilangan dan pembinaan serta masing-masing RM230 dan RM50 bagi sektor pertanian dan perladangan.
"Kenaikan kadar levi itu yang berbeza mengikut sektor juga bersesuaian dengan kadar pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan melalui pekerjaan di dalam sektor-sektor ini," kata Alwi dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, kadar levi baharu itu diumumkan berkuat kuasa pada 1 Februari dengan levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM2,500 manakala sektor perladangan dan pertanian pula RM1,500.
Tetapi, pelaksanaannya ditangguhkan setelah tidak menerima sambutan baik daripada pihak industri terutamanya yang berintensifkan buruh.
Susulan itu, Alwi berkata kadar levi itu dikaji semula berikutan maklum balas yang diterima pada perjumpaan Kementerian Dalam Negeri dengan 28 persatuan utama yang mewakili majikan pada 16 Februari lepas, bahawa kenaikan kadar levi itu terlalu mendadak dan kemungkinan merencatkan momentum perniagaan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.
Beliau berkata kadar levi baharu itu diyakini masih kompetitif dan merupakan balasan setimpal kerana pekerja asing turut menikmati kemudahan dan infrastruktur yang disediakan kerajaan.
"Kerajaan berpendapat bahawa ini merupakan kadar yang optimum pada masa ini bagi memastikan perkembangan ekonomi tidak terganggu dan objektif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada industri intensif buruh dapat dicapai.
"Industri juga disarankan untuk mengambil langkah lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi," katanya.
Alwi berkata penangguhan pengambilan pekerja asing baharu juga akan dikekalkan hingga ke masa yang akan ditentukan kelak.
Kerajan juga akan memberikan tumpuan kepada 'Program Rehiring' yang disiarkan mulai 15 Februari lepas hingga 30 Jun ini.
Bernama
Fri Mar 18 2016
Kenaikan kadar levi pekerja asing itu yang berbeza mengikut sektor. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.
Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tiga bank dan sembilan lokasi sekitar Ipoh antara 1 Jan hingga 22 April lepas.
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Kerjasama global dituntut sempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia
Kanak-kanak telah dijadikan sebagai buruh paksa sejak sekian lama dan nasib mereka terus diberi perhatian hasil pengorbanan aktivis-aktivis serata dunia.
Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada April tahun ini catat kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.
Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.