awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/11/2020
08:31 MYT
Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus
Pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan. - Bernama
KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran September 2020 menurun sedikit kepada kepada 4.6 peratus mencatatkan 737,500 orang penganggur, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pada September 2020, pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan.
"Kadar pengangguran menurun sedikit dengan bilangan penganggur turun 0.6 peratus bulan ke bulan, merekodkan 737,500 orang daripada 741,600 orang pada Ogos 2020.
"Sebaliknya, guna tenaga terus mencatatkan peningkatan, di mana penduduk bekerja bertambah 0.3 peratus berbanding Ogos 2020 iaitu 0.5 peratus kepada 15.19 juta orang terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
"Walau bagaimanapun, penurunan dalam guna tenaga didapati berlaku dalam sektor pertanian dan pembinaan yang mana secara tidak langsung menggambarkan kekurangan penawaran buruh dalam kedua-dua sektor," katanya dalam satu kenyataan mengenai Survei Tenaga Buruh (STB) hari ini.
Tambah beliau, nisbah guna tenaga kepada penduduk bagi September 2020 kekal pada 65.2 peratus.
Memperihalkan kedudukan penawaran buruh pada suku tahun ketiga 2020, Mohd Uzir berkata, selepas merekodkan kadar pengangguran tertinggi 5.1 peratus pada suku tahun kedua 2020, kadar pengangguran pada suku tahun ini menurun kepada 4.7 peratus.
"Kadar pengangguran yang lebih rendah disebabkan oleh pengoperasian semula hampir semua sektor ekonomi termasuk aktiviti sosial, pendidikan dan keagamaan.
"Di samping itu, aktiviti pelancongan domestik juga telah beransur pulih berikutan kebenaran perjalanan rentas negeri pada suku tahun tersebut.
"Maka, bilangan penduduk bekerja pada suku tahun ini meningkat 1.4 peratus kepada 15.1 juta orang, terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan," katanya.
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus dengan lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.5 peratus dan 55.3 peratus.
Topic Berkaitan
#perangkaan
#Survei Tenaga Buruh
#STB
#pengangguran
#Mohd Uzir Mahidin
#COVID-19
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#statistik pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan