KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan katil hospital termasuk di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang masih tinggi, adalah antara faktor Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada pada tahap yang baik.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata sehubungan itu penduduk di negeri berkenaan perlu menyedari kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan mematuhi semua protokol keselamatan ditetapkan.
"Kalau hanya cakap kenapa tidak beralih fasa sedangkan kita hidup dalam disiplin yang tidak dikehendaki, tentulah tidak capai keadaan (peralihan fasa) ini. Jadi masa depan peralihan fasa bergantung kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Bicara Naratif bertajuk Keselamatan Menyeluruh yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Beliau yakin penduduk di kedua-dua negeri itu juga sudah pasti menginginkan peralihan fasa bagi membolehkan mereka menikmati kelonggaran yang diberikan kerajaan.
Buat masa ini negeri-negeri yang diletakkan di bawah Fasa Satu PPN ialah Kedah dan Johor, Fasa Dua (Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Sabah), Fasa Tiga (Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak) dan Fasa Empat ialah Labuan.
Sementara itu Rodzi berkata sistem pertahanan dan keselamatan siber negara adalah setaraf dengan negara maju dan turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
"Di peringkat Asean, kita saling bertukar pandangan dan pengalaman malah input pengalaman Malaysia dirujuk negara lain seperti Singapura dalam menguruskan ancaman siber di negara mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
GAMBAR FAIL: Petugas kesihatan memeriksa pesakit yang hadir bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. - Foto BERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Hanya 0.2 peratus jemaah haji berada di pusat rawatan - Syed Saleh
Seramai 29 orang atau hanya 0.2 peratus daripada 13,000 jemaah haji yang tiba di Tanah Suci ketika ini berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH).
Kes influenza meningkat, wad kanak-kanak hampir sesak
Peningkatan kes ILI dan URTI memerlukan kanak-kanak tersebut mendapatkan rawatan di wad-wad hospital kerajaan.
Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.
COVID-19: Hanya 185 kes baharu dalam kategori tiga hingga lima
Sebanyak 24,056 kes dalam kategori satu dan dua, menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 3,951,678.
COVID-19: Penggunaan katil ICU di Johor, Kuala Lumpur lepasi 50 peratus
Kuala Lumpur dan Johor kini menunjukkan peratusan penggunaan katil ICU melepasi 50 peratus.
Terus kerja dari rumah, bergilir ke pejabat cegah COVID-19 di tempat kerja - KJ
Pihak majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat bagi mewujudkan persekitan tempat kerja yang selamat.
COVID-19: Penggunaan katil, ICU di Peru meningkat
Hospital EsSalud Alberto Sabogal dilaporkan penuh, sementara pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator juga semakin meningkat.
COVID-19: KJ beri amaran kemasukan ke hospital makin meningkat
kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.
COVID-19: Angka kematian kekal di bawah 100, 19 BID
Setakat Jumaat, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 adalah 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,371,973 kes positif.
COVID-19: Kadar penggunaan katil ICU P.Pinang dalam trend penurunan - Chow
Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Pulau Pinang menunjukkan trend penurunan selaras dengan jumlah kes positif COVID-19 yang berkurangan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.