Kadar tambang bas ekspres di seluruh negara masih kekal pada harga biasa dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak boleh dijadikan asas untuk pengusaha bas menurunkan harga tambang seperti diminta pengguna.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang kerana kos minyak hanyalah sekitar 11 hingga 20 peratus daripada kos keseluruhan.
"Banyak faktor lain yang menentukan turun naik harga tambang selain minyak. Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans.
"Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas dan Teksi Segamat di sini, hari ini.
Menurut Syed Hamid, Spad bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres.
Sementara itu, mengenai Lesen Perubahan Sementara (LPS), beliau berkata sempena Tahun Baharu Cina ini, Spad telah meluluskan sebanyak 140 LPS kepada syarikat bas ekspres di seluruh negara.
"LPS itu mungkin bertambah lagi jika ada permohonan dan ini semata-mata bagi memastikan pengguna tidak mempunyai masalah untuk pulang beraya," katanya.
Mengenai dakwaan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, Syed Hamid menasihatkan ibu bapa agar memboikot pihak yang sengaja mengambil kesempatan itu.
"Sebagai pengguna carilah bas sekolah yang masih mengekalkan tambang yang munasabah dan syarikat bas sekolah itu mestilah berdaftar," katanya.
Bernama
Mon Feb 16 2015
SYED HAMID: Banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas dapat menurunkan kadar tambang kerana kos minyak hanyalah sekitar 11 hingga 20 peratus daripada kos keseluruhan. -Gambar fail
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Anggota dan jentera dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikerah ke lokasi sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan
Dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan 4WD dan pemandu Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.
Sedia pemandu kedua jika perjalanan lebih 300km - JPJ
Pemeriksaan JPJ mendapati masih banyak pengusaha bas yang gagal kemukakan pemandu kedua meskipun ia syarat yang wajib dipatuhi.
12 bas ekspres disaman tiada pemandu kedua
12 bas ekspres disaman dalam operasi penguatkuasaan JPJ Pulau Pinang kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer.
Aidilfitri: APAD harap lebih banyak pengendali bas ekspres mohon LPS
APAD turut mengingatkan pengendali bas ekspres berkenaan supaya mengenakan tambang yang munasabah.
Pemandu dan seorang penumpang cedera parah, 19 lagi cedera bas ekspres terbabas
Nahas membabitkan 22 mangsa iaitu pemandu bas, 20 penumpang dan pemandu Toyota Hilux.
13 bas ekspres dilarang berada di jalan raya, empat pemandu positif dadah - JPJ
Lokman berkata tindakan tersebut diambil menerusi pemeriksaan Ops Khas Terminal sempena Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.
Peningkatan kos operasi: Pengusaha bas ekspres berdepan masalah kewangan
Kenaikan kos tidak terkawal dikatakan menjadi penyebab persaingan tidak sihat dalam kalangan pengusaha bas.
Ibu mangsa nahas maut sempat hubungi anak dua kali
Dua maut dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan sebuah kereta dalam kejadian berdekatan Kampung Gertak Anak Buaya, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang.
Dua maut dalam kemalangan libatkan bas dan kereta
Kejadian menyebabkan penumpang kereta Nurul Suhaila Mohamad Othman dan pemandu bas Ayub Che Soh, meninggal di tempat kejadian.