awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kahwin bawah umur: JKSM telah siapkan SOP

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/07/2018
03:45 MYT
Kahwin bawah umur: JKSM telah siapkan SOP
RODZIAH: Enakmen Islam negeri-negeri memberikan sepenuh kuasa dan budi bicara bagi perkahwinan di bawah umur kepada Hakim dan Mahkamah Syariah.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah siap menggariskan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarkan perkahwinan bawah umur diteruskan.
Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rodziah Ismail berkata, sebelum ini tiada SOP yang diguna pakai oleh semua negeri sebagai panduan.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai SOP berkenaan kerana perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasa kementerian itu.
“Kami dimaklumkan, penetapan SOP oleh JKSM adalah bagi memperketatkan lagi kelulusan perkahwinan bawah umur untuk umat Islam.
"SOP ini bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi di bawah JKSM.
“Sebarang kenyataan lanjut berkenaan isu ini perlulah dirujuk kepada pihak JKSM,” tambahnya lagi.
Rodziah menjelaskan, undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur bagi yang beragama Islam berada di bawah bidang kuasa Enakmen Islam Negeri.
“Ia memberikan sepenuh kuasa dan budi bicara bagi perkahwinan di bawah umur kepada Hakim dan Mahkamah Syariah,” ujar beliau.
Kerajaan bagaimanapun komited menaikkan had umur minima perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun.
“Walaupun SOP akan diwujudkan, komitmen kerajaan untuk menaikkan had umur minima perkahwinan bawah umur 18 tahun masih diteruskan,” ujarnya.
SOP itu diwujudkan susulan kontroversi perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun dengan seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun yang tular di media sosial ketika ini.
Topic Berkaitan
#bawah umur
#enakmen
#had umur
#Islam
#kahwin
#negeri
#SOP
#umur minima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan