awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berikutan percanggahan Trump-Fed lemahkan dolar AS
X perlu perbaiki Grok AI atau berdepan penguatkuasaan DSA - EU
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kahwin sesama jenis... bolehkah dapat anak?' - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2019
19:24 MYT
'Kahwin sesama jenis... bolehkah dapat anak?' - Tun Mahathir
Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata Malaysia bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini. - Foto Astro AWANI
Malaysia tidak mungkin akan membenarkan perkahwinan sesama jenis seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Taiwan baru-baru ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.
"Saya tak faham perkahwinan sesama jenis ini. Perkahwinan ialah tentang anak. Kalau perkahwinan sesama jenis, boleh dapat anak?
"Apa mereka buat? Mereka ambil anak angkat, dan sebagainya," katanya dalam sesi soal jawab selepas majlis ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad di Cambridge Union pada Isnin.
Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia, yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, akan mengikut jejak langkah Taiwan meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, kebebasan juga perlu ada batasnya kerana hak mutlak untuk melakukan 'apa sahaja' tidak wujud.
"Pada kami, ia pemikiran yang kebelakang. Hanya kerana kamu rasa manusia perlu bebas dan mereka boleh lakukan apa sahaja, mereka merasakan perkahwinan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, 'Oh itu tidak apa, itu hak mereka'.
"Saya rasa hak (kebebasan) perlu atas batasnya. Tidak wujud hak mutlak untuk melakukan apa sahaja," kata Perdana Menteri lagi.
Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata Malaysia bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.
Katanya, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat.
Parlimen Taiwan pada Jumaat lalu, telah meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.
Negara yang merupakan salah satu negara 'Harimau Asia' itu mencatat sejarah sebagai yang pertama di benua berkenaan yang berbuat demikian.
Topic Berkaitan
#Cambridge Union
#hak kebebasan
#harimau asia
#Lesbian Gay Bisexual Transgender
#LGBT
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#perkahwinan sesama jenis
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan