KUALA LUMPUR: Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Tangkapan kira-kira jam 1.30 petang dibuat sepasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hasil risikan selama dua minggu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, suspek utama ialah lelaki warga Myanmar dan lelaki warga Bangladesh berusia antara 50 dan 52 tahun yang disyaki sebagai dalang utama.
Menurutnya, semakan awal mendapati suspek warga Myanmar adalah berstatus Pemastautin Tetap (PR), manakala suspek warga Bangladesh memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi sektor perkhidmatan yang masih sah laku.
"Pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM91,550.00, 12 naskhah pasport Bangladesh, senaskhah pasport Indonesia, dokumen syarikat, dokumen permohonan program Rekablirasi Tenaga Kerja (RTK) dan tiga unit telefon bimbit.
"Modus operandi sindiket adalah menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program RTK 2.0 dengan menyasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, kedua-dua suspek yang telah mengahwini warga Malaysia menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di pejabat imigresen dan dipercayai telah menjalankan operasi selama satu tahun.
Tambahnya, bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing ini di antara RM1,500 hingga RM2,000.
"Kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963," ujarnya.
Tegasnya, jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 28 2024
Dalang sindiket yang ditahan imigresen di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Indeks Kebebasan Media: Tidak wajar guna acuan mana-mana negara - Ahmad Zahid
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Menteri Luar Negeri mengetengahkan pandangan Malaysia berhubung isu berkepentingan umat Islam seperti situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti masyarakat Islam dan kerjasama ekonomi.
Penjawat awam lebih banyak peluang beli rumah sejajar dengan kenaikan gaji - Rehda
Rehda percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.