BAGAN DATUK: Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk membuat laporan polis berkaitan kain rentang provokasi mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan yang dipasang di sekitar pekan ini, sejak awal pagi tadi.
Ketuanya Mohd Rizan Razali berkata beliau telah mendapat maklumat mengenai pemasangan kain rentang tersebut kira-kira jam 7.30 pagi, dipercayai dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab, sebelum membuat laporan polis pada jam 3.30 petang tadi.
Katanya, kain rentang yang memaparkan muka Presiden UMNO dengan kata-kata provokasi itu dikesan di 17 lokasi termasuk tiga daripadanya di luar Bagan Datuk iaitu di Batak Rabit, Seberang Perak dan Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan.
"Kain rentang ini dipasang dengan niat untuk menghina, mengaibkan dan memfitnah Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.
"Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab yang bermotifkan politik bagi memberi persepsi buruk terhadap Ahmad Zahid," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama wakil Wanita, Puteri dan Ahli Jawatankuasa bahagian Bagan Datuk di Balai Polis Hutan Melintang di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Rizan berkata beliau berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan tersebut.
Katanya, Ahmad Zahid juga telah dimaklumkan mengenai perbuatan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Mohd Rizan berkata beliau telah mendapat maklumat mengenai pemasangan kain rentang tersebut kira-kira jam 7.30 pagi. - BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
PRN: 16 kertas siasatan dibuka - Bukit Aman
Sebanyak 16 kertas siasatan dibuka antaranya melibatkan kesalahan merosakkan bahan kempen calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri, yang kesemuanya direkodkan semalam.
PRN: Pas Kelantan ingatkan pemimpin, penyokong elak provokasi dan pergaduhan
Datuk Ahmad Yakob mengingatkan pemimpin dan penyokong parti itu supaya bertindak profesional, saling menghormati bagi mengelakkan perbuatan provokasi atau pergaduhan menjelang PRN pada 12 Ogos ini.
PRN: Polis Kelantan terima dua laporan khianat kain rentang, bendera parti
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Tumpat dan Kuala Krai, selain turut mengesan empat lagi kejadian yang sama berlaku di Kota Bharu.
Kes kain rentang hilang di Sungai Siput mungkin khianat, sabotaj
Kehilangan kain rentang yang tertera "Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Parlimen Sungai Siput di Dewan Arena Sungai Siput" mungkin kerana perbuatan khianat.
Gantung kain rentang provokasi politik, suspek dicari
Kain rentang itu telah diturunkan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).
Hari Malaysia: Guru, pelajar SMK Maxwell lukis kain rentang Dirgahayu sepanjang 40 meter
Sejumlah 91 guru dan 533 murid mula mewarnakan kain rentang tersebut seawal jam 8 pagi.
Ramadan yang hiba, Aidilfitri yang suram buat penduduk Kampung Sungai Baru
Suasana di kampung tersebut sunyi, tak tahulah mungkin kerana puasa atau kerana penduduk kini hanya menghitung hari untuk meninggalkan rumah yang sudah lama mereka duduki.
Kain rentang provokasi, Pemuda UMNO Bagan Datuk buat laporan polis
Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk membuat laporan polis berkaitan kain rentang provokasi mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan yang dipasang di sekitar pekan itu.
7 lagi individu ditahan merusuh bakar suar, kain rentang berunsur provokasi
Polis Johor berjaya menahan tujuh individu lagi yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian di Parit Raja di sini pada Khamis lalu.
Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja - PN Johor
Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja: PN Johor