IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan melaksanakan kajian bagi meningkatkan kadar pengiraan had kifayah zakat di negeri ini.
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Shahrul Azam Shaari berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan di peringkat pengurusan MAIPk dengan jawatankuasa fatwa.
"Jumlah minimum kadar itu kita sudah ada, mungkin kita akan membuat satu persefahaman dengan ahli pengkaji bersama jawatankuasa fatwa untuk kita naikkan kadar minimum.
"Jadi, tidak perlulah kita mengambil masa (lama) untuk membuat kajian semula. Dengan keadaan sekarang ini, rakyat menempuh sosioekonomi yang makin mencabar.
"Bermula hari ini (1 Julai) kebanyakan subsidi mula tiada, sudah tentu kesukaran di peringkat masyarakat terutama yang tidak berpendapatan tinggi," katanya.
Shahrul Azam berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi MAIPk yang dirasmikan Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar Zaini di sini semalam.
Had kifayah bermaksud “garis kecukupan minimum bagi keperluan asasi seseorang individu dan tanggungannya berdasarkan kos sara hidup semasa.”
Dalam pada itu, Shahrul Azam berkata, akan ada peningkatan dari segi bantuan bulanan kepada penerima seperti pendidikan dan modal perniagaan.
"MAIPk sudah mula melaksanakan had kifayah sejak 2009 dan dibuat berdasarkan keperluan dan perkembangan ekonomi semasa.
"Kita sudah membuat kajian sejak 2009, dan ia sudah dilaksanakan pada tahun 2012, 2014 dan terkini tahun lalu," katanya lagi.
Ujarnya lagi, semenjak pandemik COVID-19 melanda dua tahun lalu, banyak golongan jatuh miskin dan dari situ mereka membuat kajian semula,
Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, sebanyak RM141 juta jumlah agihan zakat tahun lalu dan ia dianggarkan meningkat sebanyak RM158.9 juta tahun ini untuk diagihkan kepada asnaf.
Sebelum ini media melaporkan, majlis agama Islam negeri-negeri disaran menambah baik kadar pengiraan had kifayah zakat dan garis panduan bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan kerajaan menamatkan subsidi ke atas barang keperluan tertentu dan peningkatan kadar inflasi perlu diambil kira sebagai penambahbaikan garis panduan tersebut.
Menurutnya, pendekatan itu perlu dalam pengemaskinian data had kifayah sebagai langkah awal mengatasi pertambahan jumlah golongan miskin.
Aida Aziz
Fri Jul 01 2022

Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak berlangsung di Ipoh semalam. - Foto Astro AWANI

Kemalangan | 20 maut selepas bas terlanggar lori minyak
Sekurang-kurangnya 20 maut apabila sebuah bas merempuh lori tangki minyak di lebuh raya di Punjab, Pakistan. Menurut pihak berkuasa, kemalangan yang mencetuskan kebakaran itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

COVID-19 | lebih 100 ribu kes baru direkodkan di Jepun
Lebih 100,000 kes baharu COVID-19 dilaporkan dengan 138,613 kes baharu dan 204 kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas. Menurut laporan Sistem Penyiaran Tokyo (TBS), kemasukan data baharu itu sekali gus melonjakkan angka keseluruhan kes di negara matahari terbit itu dengan 1,371,000 kes setakat ini.

Hari Kemerdekaan | Geopolitik mengancam keselamatan serantau - Jokowi
Menjelang Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, Presiden Joko Widodo menyeru seluruh rakyat supaya bersatu dan berwaspada dalam menghadapi pelbagai krisis. Ketika menyampaikan perutusannya di Parlimen, Jokowi memberitahu ahli Parlimen dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan bahawa geopolitik dunia boleh mengancam keselamatan serantau.

Presiden Baharu | Situasi di Kenya tenang, tiada rusuhan
Ibu kota Nairobi dilaporkan berada dalam keadaan tenang setakat ini meskipun dibimbangi berlakunya rusuhan selepas pemilihan William Ruto sebagai Presiden baharu Kenya. Tiada protes berlaku sehari selepas Ruto diisytiharkan sebagai Presiden selepas menewaskan veteran pembangkang yang juga merupakan seteru lama Ruto, Raila Odinga.

Cuaca Panas | Gelombang panas melanda China
Jutaan warga China berhadapan dengan cuaca panas melampau apabila kebanyakan kawasan selatan negara itu mencatatkan suhu melebihi 40 darjah celcius. Jabatan Meteorologi China telah mengeluarkan amaran tahap tertinggi gelombang panas untuk lima hari berturut-turut.

Palestin-Israel | Mahkamah Israel tolak rayuan tahanan Palestin
Mahkamah Tentera di Israel pada Isnin menolak rayuan pembebasan seorang banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar berterusan selama 165 hari. Khalil Awawdeh, salah seorang daripada banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap hukumannya.

Kebakaran | Ribuan ekar hutan terbakar di Sepanyol
Lebih 1,000 penduduk di Alicante, Wilayah Pesisir Sepanyol terpaksa dipindahkan susulan kebakaran yang menyebabkan kemusnahan hampir 10,000 ekar hutan berdekatan. Menurut laporan berita tempatan, ratusan anggota bomba yang dikerah ke wilayah itu terus bergelut mengawal kebakaran yang berlaku di Bejis.

COVID-19 | Jill Biden positif COVID-19, alami simptom ringan
Wanita pertama yang juga isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden disahkan positif COVID-19 pada Selasa. White House memaklumkan, Jill disahkan positif ketika sedang bercuti di rumah rehat keluarganya bersama Joe Biden serta anak di South Carolina.

Kertas Putih | Kaji langkah strategik demi sistem berdaya tahan
Malaysia perlu mengkaji langkah strategik bagi menjamin sistem kesihatan yang lebih lestari serta kalis masa depan. Ketua Eksekutif, Pusat Galen, Azrul Mohd Khalib berpandangan sudah tiba masanya negara melihat ia sebagai satu pelaburan agar sistem ini dapat menampung pelbagai isu yang kian berbangkit seperti penyakit tidak berjangkit, negara menua, kesihatan mental, serta isu tenaga kerja.

Isu LCS | Syor penubuhan RCI dibawa ke Kabinet
Kementerian Pertahanan akan mengemukakan kepada Kabinet berhubung syor penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tersebut ketika menjawab usul berkaitan projek pembinaan LCS yang dibawa oleh Senator Lim Hui Ying di Dewan Negara pada Selasa.

MAIPk kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

Sultan Perak berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri
Baginda berkenaan menyampaikan Bantuan Aidilfitri RM8.3 juta kepada penghulu-penghulu untuk diagihkan kepada 33,342 penerima.

Asnaf raih pendapatan lumayan dengan cili fertigasi
Projek yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan bermula April tahun lalu itu menyasarkan 20 asnaf terpilih dari seluruh negeri dengan kos keseluruhan RM355,000.

Tidur dalam kereta: Baitulmal sedia bantuan rumah
Penyediaan bantuan rumah itu dibuat bersekali dengan kadar sewaan yang ditanggung sepenuhnya oleh Baitulmal.

Roboh surau: Majlis Agama Islam Perak, MB diminta campur tangan
Jawatankuasa Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat di sini memohon campur tangan pihak berkuasa.

MAIPk perkenal medium terbaharu bayaran zakat melalui Shopee
Pelantikan Shopee itu seiring dengan perkembangan terkini di mana masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian atas talian.

Tiada solat Jumaat di kawasan zon merah di Perak - MAIPk
Aktiviti keagamaan lain di masjid dan surau di kawasan zon merah ditangguhkan, manakala penganjuran kuliah pengajian antara solat dibenarkan pada skala kecil.

Perak benarkan solat Jumaat di surau mulai 10 Julai
Ia termasuk surau di institusi pendidikan, kem tentera, berek PDRM, jabatan dan pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai.

Perak benarkan solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat
Kebenaran itu telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berpandukan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Perak benarkan majlis akad nikah sepanjang tempoh PKP
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, majlis itu hendaklah menurut panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).