awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji semula cadangan kadar caj kereta asing masuk ke Malaysia - Pemuda UMNO

Bernama
Bernama
11/07/2014
23:59 MYT
Kaji semula cadangan kadar caj kereta asing masuk ke Malaysia - Pemuda UMNO
HAHASRIN: Menerusi kutipan levi itu, ia bukan setakat memberi manfaat buat rakyat Johor malah seluruh Malaysia amnya. -gambar fail
Pergerakan Pemuda UMNO Johor meminta agar caj permit kenderaan asing dari Singapura ke Malaysia yang dicadangkan, dikaji semula memandangkan kadar cadangan sebanyak 20 dolar Singapura (lebih kurang RM50) bagi setiap kenderaan asing agak rendah.
Ketua Pemudanya Hahasrin Hashim berkata kadar itu harus dinaikkan ke RM100 berikutan kedudukan mata wang asing Singapura lebih tinggi berbanding nilai mata wang tempatan.
"Selain itu, harga barang di negara ini yang murah berbanding di negara mereka juga perlu diambil kira apatah lagi ada ketikanya rakyat Singapura juga menikmati harga barang yang telah disubsidi oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Hahasrin juga menyambut baik cadangan agar sebahagian daripada hasil levi diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dibelanjakan bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur di negeri itu.
Kerajaan negeri sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada kerajaan pusat sejak cadangan untuk mengenakan kadar SG$20 (RM51) kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui tambak Johor diserahkan lima bulan lepas.
Hahasrin berkata menerusi kutipan levi itu, ia bukan setakat memberi manfaat buat rakyat Johor malah seluruh Malaysia amnya.
Topic Berkaitan
#caj permit kenderaan asing
#Hahasrin Hashim
#Pemuda UMNO Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan