awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang ditutup sementara untuk pelancaran 'I LITE U'
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian Ipsos: Majoriti rakyat Malaysia percaya kerajaan mampu memacu negara ke arah pemulihan

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
05:47 MYT
Kajian Ipsos: Majoriti rakyat Malaysia percaya kerajaan mampu memacu negara ke arah pemulihan
Kajian sama juga mendapati majoriti rakyat Malaysia percaya kerajaan mampu memacu negara ke arah pemulihan namun di Amerika Syarikat, mereka percaya syarikat perniagaan yang akan membantu mereka untuk pulih. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kajian daripada firma penyelidikan pasaran, Ipsos Malaysia mendapati majoriti rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara akan pulih sepenuhnya dalam dua atau tiga tahun akan datang.
Berdasarkan kajian tersebut, 44 peratus daripada responden berpendapat sedemikian manakala 36 peratus daripadanya menjangkakan tempoh lebih lama, lebih tiga tahun.
Sementara itu, 17 peratus daripada responden berpendapat Malaysia akan pulih dalam tempoh setahun dan hanya tiga peratus berasakan ekonomi negara sudahpun pulih.
Kajian secara dalam talian tersebut melibatkan 21,053 orang dewasa berumur 18 tahun hingga 74 tahun melibatkan 29 buah negara.
Keputusan kajian melibatkan rakyat Malaysia dilihat selari dengan sentimen global namun berbeza dengan 28 negara lain, majoriti rakyat China pula berpendapat ekonomi mereka sudah pulih.
Kajian tersebut mendapati 56 peratus rakyat China berpendapat ekonomi negara mereka sudah pulih sepenuhnya dengan hanya tiga peratus berpendapat ia akan pulih dalam masa tiga tahun atau lebih.
Kajian sama juga mendapati majoriti rakyat Malaysia percaya kerajaan mampu memacu negara ke arah pemulihan namun di Amerika Syarikat, mereka percaya syarikat perniagaan yang akan membantu mereka untuk pulih.
Keyakinan kepada kerajaan Malaysia jauh mengatasi keyakinan rakyat di negara lain dengan secara globalnya, hanya 34 peratus responden yakin dengan kemampuan kerajaan negara mereka.
Dalam pada itu, sebilangan besar rakyat Malaysia berpendapat perniagaan baharu, lebih banyak peluang pekerjaan dan kehadiran pelancong menjadi petunjuk jelas bahawa negara sudah semakin pulih.
Topic Berkaitan
#Ipsos Malaysia
#Kajian
#kerajaan
#ekonomi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan