awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian pengambilan jururawat Indonesia mesti lindungi kepentingan awam – Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
11/08/2025
23:40 MYT
Kajian pengambilan jururawat Indonesia mesti lindungi kepentingan awam – Dr Dzulkefly
Kata Dr Dzulefly, ketika ini, KKM akan terus berusaha untuk mengatasi kekurangan jururawat melalui pendekatan pelbagai strategi seperti dinyatakan sebelum ini. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, sebarang hasil kajian mengenai pengambilan jururawat dari Indonesia mesti mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan keberkesanan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.
Beliau berkata, kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam melaksanakan kajian itu yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidamatan Awam (SPA) susulan cadangan daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto.
"Ketika ini, KKM akan terus berusaha untuk mengatasi kekurangan jururawat melalui pendekatan pelbagai strategi seperti dinyatakan sebelum ini. Diakui bahawa tiada penyelesaian segera untuk mengatasi keadaan yang boleh dikatakan meruncing ini," katanya menerusi hantaran di X.
Beliau berkata, kekurangan jururawat diburukkan oleh beberapa faktor, antaranya penggantungan pengambilan pelatih baharu di Institut Latihan KKM (ILKKM) selama dua tahun semasa pandemik COVID-19 dan moratorium terhadap program kejururawatan swasta yang hanya ditamatkan pada tahun lepas.
Ketika pelancaran Karnival Kerjaya MADANI SPA 2025 di Putrajaya, Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang cadangan atau dasar membabitkan pengambilan jururawat dari Indonesia di hospital kerajaan dilaksanakan.
Cadangan itu mendapat perhatian selepas kerajaan Johor melalui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam sekitar negeri, Ling Tian Soon, secara terbuka mengalu-alukan cadangan bagi kerjasama strategik dengan Indonesia untuk menangani kekurangan jururawat di Malaysia, terutama di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini turut memaklumkan hospital utama di Johor Bahru berdepan masalah kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal, sebagai contoh seorang jururawat terpaksa mengurus lebih 10 hingga 14 pesakit bagi setiap syif, berbanding nisbah ideal iaitu 1:6 atau maksimum 1:8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jururawat Indonesia
#kepentingan rakyat
#kebajikan kakitangan
#Kementerian Kesihatan
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan