awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian prestasi terhadap 992 projek dibuat setiap tiga bulan - Zahid

Bernama
Bernama
25/11/2015
11:23 MYT
Kajian prestasi terhadap 992 projek dibuat setiap tiga bulan - Zahid
Zahid sendiri akan memantau status setiap projek dan tarikh sasaran bagi memastikan sama ada ia boleh dicapai atau tidak - Foto Bernama
Kerajaan akan melakukan kajian prestasi terhadap 992 projek AkuJanji Kerajaan Persekutuan pada setiap tiga bulan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pemantauan itu harus dilakukan untuk memastikan keberkesanan dan kesan kos terhadap semua projek berkenaan.
Katanya beliau sendiri akan memantau status setiap projek dan tarikh sasaran bagi memastikan sama ada ia boleh dicapai atau tidak.
"Jika tidak boleh dicapai, Jawatankuasa Kebangsaan AkuJanji Kerajaan Persekutuan akan membantu jabatan atau agensi berkenaan sama ada tarikh sasaran baharu boleh dilakukan.
"Tetapi, projek mesti ditamatkan dan diselesaikan menjelang 2018," katanya pada sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada 123 pemimpin muda di bawah Kesateria Muda Keselamatan (KMK) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah RELA Datuk Kamariah Mohd Noah.
Ahmad Zahid berkata sebanyak 78 peratus atau 3,730 daripada 4,797 projek keseluruhan di bawah Akujanji Kerajaan Persekutuan itu yang dilaksanakan sejak 2013, telah disiapkan.
Pagi tadi, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan AkuJanji Kerajaan Persekutuan di Menara Parlimen di sini bagi membincangkan perkembangan semasa akujanji itu.
Terdahulu, pada majlis itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata RELA perlu menjadi barisan hadapan dalam membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara di kawasan-kawasan yang terlibat banjir.
"Publisiti bukan tunjang utama namun apabila wajah anggota RELA terpampang di akhbar, televisyen dan media sosial, masyarakat akan melihat RELA memberikan komitmen dalam membantu orang awam," katanya.
Beliau turut meminta anggota RELA mengetepikan fahaman politik, agama dan kaum dalam melaksanakan tugas membantu masyarakat.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Jawatankuasa Kebangsaan Akujanji Kerajaan Persekutuan
#RELA
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan