Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diarahkan membuat kajian terperinci berhubung masalah banjir di Sarawak.
Najib berkata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku menteri bertanggungjawab akan membuat kajian menyeluruh mengenai masalah tersebut.
"Wan Junaidi akan mengkaji masalah perparitan termasuk kos, implikasi dan semua butiran. Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu kita buat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa dekat sini hari ini.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian.
Najib yang tiba kira-kira 4.30 petang, meluangkan masa hampir 30 minit meninjau Kampung Rantau Panjang yang terletak di tebingan Sungai Sarawak, dan melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang.
Dalam tempoh dua bulan tahun ini, Sarawak khususnya di daerah Kuching, Serian dan Samarahan telah dilanda banjir sebanyak empat kali.
Malam tadi pada perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2016 di Sibu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memohon bantuan daripada Najib bagi penduduk Sarawak, untuk menyelesaikan masalah perparitan yang menjadi punca banjir di negeri ini.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatan ke SK Rantau Panjang, Najib berkata sekolah berkenaan akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai tidak lama lagi.
"SK Rantau Panjang akan dipindahkan ke lokasi baharu kerana berada di kawasan sempit dan sering dilanda banjir setiap tahun.
"Saya sudah berbincang dengan pegawai pendidikan, kita akan ambil tindakan segera dan lokasi serta tapak baharu akan dikenal pasti," katanya.
Ditanya mengenai lawatan dua hari beliau ke Sarawak sejak semalam, Najib berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diterima.
"Sepanjang lawatan, bagus...puas hati, nampak sambutan bagus, Alhamdulillah dan kita akan terus bantu bangunkan Sarawak," katanya.
Ditanya kekerapan beliau melawat Sarawak ada kaitan dengan pilihan raya negeri yang semakin hampir, Perdana Menteri berkata: "Kita bantu Sarawak bukan kerana pilihan raya tetapi kerana kita nak Sarawak terus maju".
Bernama
Sun Feb 28 2016
Permandangan dari udara keadaan banjir di Kampung Endap, Kota Samarahan, kira-kira 30 kilometer dari Kuching pada 21 Februari lalu. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.