Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia berjumpa mana-mana persatuan pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan kewujudan sistem perkhidmatan ‘e-Hailing’.
Menurutnya, beliau juga bersedia menerangkan kepada kumpulan yang tidak berpuas hati itu mengenai perkhidmatan tersebut.
Kata beliau, sistem perkhidmatan 'e-Hailing' mematuhi undang-undang negara selepas ia dibenarkan beroperasi susulan pindaan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Kita sedang dalam usaha untuk memastikan ‘e-Hailing’ dan teksi sama platform, mempunyai syarat-syarat yang sama seperti pemeriksaan kenderaan di Puspakom selain jenis lesen memandu.
BACA: Kerajaan tidak takut ugutan pemandu teksi - TPM Ahmad Zahid
BACA: Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik - Shamsubahrin
BACA: Pemandu teksi sokong PH: Saya akan 'ugut' lebih lagi - Shamsubahrin
"Oleh itu, tidak perlulah ugut kerajaan, komen sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada orang yang bertanggungjawab. Apapun isunya, boleh jumpa saya bila-bila masa, kita bincang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah Pride of Workmanship Award anjuran kelab-kelab Rotary Malaysia kepada 36 kakitangan KTMB di KL Sentral di sini, hari ini.
BACA: "Alahai, kenapalah pemandu teksi masih ditakuk lama?" - rungut netizen
BACA: "Bukan dia boleh selam hati nurani semua pemandu teksi" - Alias
BACA: #Teksi4.0: Nilai siapa bantu siapa - Nancy
Cuma kata Tiong Lai, beliau belum menerima surat daripada pihak pemandu teksi, sepertimana yang didakwa pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bahawa surat telah dihantar namun tidak dilayan pihaknya.
Sebelum ini juga, Shamsubahrin turut mengugut kerajaan dengan mengatakan sekitar 70 peratus pemandu teksi akan mengundi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya isu antara teksi konvensional, Grab dan Uber tidak diselesaikan.
Israr Khalid
Sat Jan 13 2018
TIONG LAI bersedia bertemu dengan persatuan pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan sisten e-Hailing. - Gambar fail Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
"Kalau nak jumpa, saya 'on' je" - Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan sedia pada bila-bila masa untuk berjumpa pihak pemandu teksi berhubung ketidakpuasan hati mereka dengan sistem 'e-hailing'.