KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi hari ini sekiranya beliau seorang perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas nama beliau sendiri dan bukan ditandakan sebagai 'sumbangan politik'.
Katanya beliau menerima wang RM2 juta dalam tiga cek daripada pengarah syarikat Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB), Azlan Shah Jaffril yang ditandakan oleh Azlan Shah sebagai 'amal jariah' dan 'sumbangan politik untuk Timbalan Perdana Menteri'.
“Wang RM2 juta ini tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya, tetapi untuk Yayasan Akalbudi (YAB) yang akaunnya dipegang oleh firma guaman Tetuan Lewis & Co.
"Orang yang ikhlas seperti saya ini dituduh, manakala orang yang 'songlap' duit tidak dituduh. Saya rasa ini sesuatu yang tidak patut berlaku kepada saya," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Beliau berkata keterangan Azlan Shah selaku saksi pendakwaan ke-18 juga menyatakan bahawa wang RM2 juta itu adalah sumbangan politik dan kebajikan, dan ia harus diterima mahkamah kerana ia adalah keterangan bersumpah oleh saksi.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.
Abdul Malik kemudian beberapa kali bertanyakan soalan kepada Ahmad Zahid mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membuat keputusan bagi memberi kelulusan kepada PRSB untuk mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan.
Bagaimanapun Ahmad Zahid dilihat seperti ingin mengelak daripada menjawab soalan itu dan merujuk kepada satu minit mesyuarat yang menyatakan kelulusan kepada PRSB hanya dibuat setelah mengambil kira syor-syor yang dibuat ketika mesyuarat KDN sebelum ini.
Abdul Malik: Sekarang ini saya masih tidak dapat kenal pasti siapa sebenarnya yang membuat keputusan untuk luluskan PRSB. Bila saya teliti keterangan, Datuk Seri katakan arahan diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak) tetapi Datuk Seri kata keputusan itu dibuat oleh orang-orang lain iaitu Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Ahmad Zahid: Yang Arif, saya berharap Tuan Timbalan Pendakwa Raya ini tidak akan jadi menteri pada satu hari dan saya doakan beliau tahu peraturan, iaitu di mana-mana kementerian sekali pun mesti ikut prosedur sama (prosedur untuk meluluskan sesebuah syarikat).
Abdul Malik: Datuk Seri, saya tidak teringin hendak jadi ahli politik.
Ahmad Zahid: Bagus, memang tidak layak.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan Ahmad Zahid untuk menjawab soalan yang dikemukakan Abdul Malik, sebelum mahkamah berhenti rehat.
Ahmad Zahid turut diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Bagi pertuduhan ke-16, 17 dan 18 yang dihadapinya, Ahmad Zahid, 69, didakwa secara rasuah menerima tiga suapan berjumlah RM2 juta dalam bentuk tiga cek bernilai RM300,000, RM1 juta dan RM700,000 milik PRSB melalui akaun Tetian Lewis & Co, sebagai upah kepadanya selaku Menteri Dalam Negeri dalam melantik PRSB sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Ahmad Zahid berkata, wang RM2 juta tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi tetapi Yayasan Akalbudi (YAB). - Gambar fail
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.