awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman bekas eksekutif bank disyaki terbabit rasuah
Bekas jurutera cuba guna wang palsu tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Namewee mengaku tidak bersalah miliki dadah, ubat jenis sildenafil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Kalau tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia" - Agong

Faida Rahim
Faida Rahim
19/01/2026
04:20 MYT
“Kalau tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia" - Agong
Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas utama pembinaan bangsa, jati diri serta masa hadapan negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Semasa bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, di sini, hari ini, Sultan Ibrahim bertitah, sekiranya kerajaan berhasrat memperkenalkan sistem pendidikan baharu, pelaksanaannya mestilah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Ini, titah baginda, termasuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama kerana kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.
"Jika hendak buat sistem pendidikan yang baharu, ianya mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan dan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ianya adalah bahasa kebangsaan.
"Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain, mesti terima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia," titah baginda.
Titah baginda lagi, mana-mana pihak yang tidak menerima kedudukan bahasa Melayu seharusnya menghormati realiti dan Perlembagaan negara.
“Kalau ada yang tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#titah agong
#Bahasa Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan