awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalimah 'Allah' dekatkan kampung perahu Mekong dengan Malaysia

Bernama
Bernama
27/08/2018
01:55 MYT
Kalimah 'Allah' dekatkan kampung perahu Mekong dengan Malaysia
Terdapat sekitar 190 keluarga masyarakat Islam Cham masih tinggal dalam perahu yang mampu memuatkan kira-kira tujuh hingga lapan ahli keluarga. --fotoBERNAMA
"Kalimah Allah" menjadi pengikat yang mendekatkan sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia dengan masyarakat Islam Cham yang tinggal dalam perahu di Sungai Mekong di sini.
Ketua Hal Ehwal Islam masyarakat di situ, yang dikenali sebagai Tok Adam berkata atas semangat persaudaraan Islam, kesusahan hidup penduduk Kampong Chapa Empov telah mendapat simpati rakyat Malaysia.
"Kalimah Allah telah mendekatkan kami kepada rakyat Malaysia yang simpati dengan nasib kami yang hidup susah di atas perahu di Sungai Mekong hari ini.
"Kami tidak minta untuk dibantu tapi syukur dengan semangat persaudaraan Islam ini, orang Malaysia datang ke sini untuk membantu kami," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya perkampungan itu wujud sejak 1979 kesan daripada peperangan dan kekejaman zaman rejim Pol Pot sekitar tahun 70-an.
Katanya akibat peperangan itu mereka yang kebanyakannya berasal dari beberapa wilayah di hulu Sungai Mekong terpaksa melarikan diri dan meninggalkan kampung halaman di daratan.
"Kami memang ada menanam impian untuk tinggal di daratan, tapi apakan daya kami tidak mampu dan miskin," katanya.
Ketika ini terdapat sekitar 190 keluarga masyarakat Islam Cham masih tinggal dalam perahu yang mampu memuatkan kira-kira tujuh hingga lapan ahli keluarga.
Kebanyakan mereka menjadi nelayan sungai dengan menjadikan hasil tangkapan ikan air tawar sebagai sumber rezeki utama selain bekerja sebagai buruh kasar sekitar Phnom Penh.
Pengerusi Yayasan As-Syafie Mohd Zamerey Abdul Razak berkata ketika ini pihaknya dengan kerjasama Bank Rakyat serta beberapa lagi bank di Malaysia serta individu tertentu turun membantu membela nasib penduduk Islam yang tinggal dalam perahu di Sungai Mekong sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata bantuan bukan setakat daripada segi keperluan asas seperti makanan, namun apa yang lebih penting ialah untuk memberi mereka peluang mendapat pendidikan akademik yang lebih baik bermula tingkatan satu hingga tingkatan enam.
"Sebagaimana matlamat penubuhan Maahad Imam Syafie di Kampot, kita mahu lebih ramai anak-anak penduduk di kampung atas perahu ini merebut peluang itu.
"Kita tidak mahu beri mereka ikan, tapi kita mahu beri mereka ilmu, kerana hanya dengan ilmu mereka dapat mengubah nasib mereka di masa hadapan," katanya.
Beliau berkata matlamat yayasan itu adalah untuk melahirkan mukmin profesional selain mukmin yang ada jati diri dan etika seorang Islam.
"Saya menyeru NGO di Malaysia agar dapat sama-sama membantu dan membuat program bersepadu khasnya dalam aspek pendidikan untuk masyarakat Islam di Kemboja," katanya.
Ketika menyantuni penduduk Kampung Chapa Empov, pihak yayasan dengan kerjasama Bank Rakyat dan Surau Al-Barakah menyampaikan sumbangan beras kepada 190 keluarga (lima kilo setiap keluarga) penduduk atas perahu di Sungai Mekong sempena Kembara Kemanusiaan Kemboja 2018 di bawah program Sinar Aidiladha 1439H di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#air
#bank
#Bank Rakyat
#Cham
#Islam
#Kalimah Allah
#Kampong Chapa Empov
#Kemboja
#Malaysia
#nelayan
#perahu
#Phnom Penh
#rakyat Malaysia
#Sungai Mekong
#Yayasan As-Syafie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan