Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan beliau akan keluar daripada UMNO.

Beliau turut menegaskan tidak menerima sebarang tawaran daripada parti Bersatu dan jika sekali pun ada beliau tidak menerima ajakan tersebut.

“Saya dah kata beberapa kali saya tidak akan keluar parti.

“Actions speaks louder than word boleh lihat jelas mana saya nak tukar parti. Setiap ahli Parlimen ada maruah masing-masing,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan keluar parti.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa juga mengakui wujudnya lamaran tersebut namun yakin ahli Parlimen UMNO tidak akan cepat goyah menerima tawaran tersebut.