awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kepemimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN diiktiraf negara serantau - Abang Johari
POLITIK
PKR Sarawak perlu terus diperkukuh hingga ke peringkat akar umbi - Anwar
MALAYSIA
Perak paling banyak dikunjungi pelancong domestik tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

'Kami redah bukit, duduk dalam semak' - Mangsa tipu pakej haji dedah pengalaman ngeri

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2025
12:00 MYT
'Kami redah bukit, duduk dalam semak' - Mangsa tipu pakej haji dedah pengalaman ngeri
Sharifah (kanan) bersama kakak iparnya menunjukkan laluan yang perlu diredahnya untuk memasuki Mekah. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: “Kalau dia beritahu awal kami akan tempuh pengalaman ngeri seperti ini, tawar RM10,000 pun saya tak mahu pergi.”

Ringkasan AI
  • Seramai 47 jemaah termasuk Syed, 63, mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej haji tidak sah yang dikendalikan oleh seorang individu bergelar ustaz di Batu Pahat; mereka terpaksa masuk ke Mekah secara sembunyi melalui laluan berbahaya tanpa visa haji.
  • Jemaah mendakwa dikurung di apartmen, dipecahkan kepada kumpulan kecil termasuk wanita, dan menghadapi kesukaran seperti tiada liputan internet, pengangkutan tidak menentu, serta cuaca ekstrem; ada yang sakit tetapi tidak diberi rawatan sewajarnya.
  • Walaupun telah membayar sekitar RM27,000 setiap seorang, mereka mendakwa dikenakan caj tambahan dan mengalami pengalaman yang memeritkan; Syed dan keluarganya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pakej haji tidak sah.

Demikian luahan Syed, 63, salah seorang daripada 47 jemaah yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej haji tidak sah dikendalikan oleh seorang individu bergelar ustaz, berpangkalan di Batu Pahat.
Dia yang berangkat ke Tanah Suci bersama isteri dan adik ipar berkata, segalanya berjalan lancar selama lima hari pertama di Madinah, namun mula menghadapi masalah besar ketika mahu memasuki Mekah.
Menurutnya, perjalanan masuk ke Mekah dibuat secara sembunyi-sembunyi menggunakan 'jalan dalam' bagi mengelak kawalan pihak berkuasa Arab Saudi.
“Kami sangka 'jalan dalam' itu sekadar laluan kampung atau jalan tikus, rupa-rupanya kena redah bukit, duduk dalam semak, lalu di belakang kilang dan ada yang kena rentas lebuh raya.
“Kami dapat masuk ke apartmen di Mekah, tetapi dikurung selama beberapa hari. Hasrat untuk ke Arafah gagal selepas bas yang kami naiki diarahkan berpatah balik oleh polis kerana tiada visa haji,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Menceritakan kejadian dilalui Syed berkata, kesemua jemaah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, termasuk satu kumpulan terdiri sepenuhnya daripada wanita sehingga menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan.
“Dari Jeddah ke Mekah, ada yang naik kereta, bas dan lori dengan bantuan penduduk tempatan. Tapi tiada liputan internet dan tiada maklumat jelas. Tiada seorang pun antara kami fasih berbahasa Arab.
“Bayangkan kalau pengangkutan tak sampai, jemaah terbiar di padang pasir dalam cuaca panas mencecah 50 darjah celsius boleh membahayakan nyawa atau pengsan," kongsinya.
Katanya, walaupun setiap jemaah sudah membayar sekitar RM27,000, mereka masih dikenakan caj tambahan di sana.
“Syed berkata, ini merupakan kali pertama menunaikan haji dan memilih pakej itu kerana diberikan penerangan menyakinkan selain dikendalikan oleh individu dikenali. Itinerari yang diberi pun lengkap dan meyakinkan.
“Tapi bila sampai sana, keadaan jauh berbeza. Ada jemaah yang sakit, batuk dan lemah. Tapi hanya diberi sejadah dan disuruh anggap itu dugaan. Tiada rawatan sewajarnya diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, Syed turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati, terutama warga emas yang masih menunggu giliran haji.
“Jangan terpedaya walaupun penganjur dikenali atau aktif dalam program agama. Kita dah habis berpuluh ribu ringgit, tapi ibadah tak dapat, keselamatan pula terancam. Boleh trauma.”
Sementara itu, adik ipar Syed, Sharifah, 57, mengakui masih trauma dan kadang kala terjaga pada tengah malam apabila teringat kembali peristiwa itu
"Kami lega selepas selamat tiba ditanah air. Semasa di Madinah semuanya berjalan lancar, tapi semasa di Mekah kami hadapi pelbagai ujian. Perlu meredah padang pasir pada waktu malam kemudian makan pun boleh dikatakan dicatu.
“Sebaik tiba di apartment di Mekah kami diarah hanya duduk di dalam bilik tidak dibenarkan buka tingkap. Lampu kena padam seawal pukul 7 malam. Kalau nak makan kena suluh pakai lampu telefon,” katanya.
Sharifah berkata, walaupun berdepan pengalaman yang memeritkan, namun dirinya tidak pernah memadamkan impian untuk menunaikan haji pada masa akan datang tapi dengan menggunakan saluran yang betul. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes tipu haji
#sindiket penipuan haji
#mangsa penipuan
#Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami