KUANTAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang bertindak menutup sementara tapak pelupusan sampah haram di Jalan Pintasan Rumpun Makmur ke Gunung Senyum, Kuala Krau,Temerloh ekoran isu pembuangan beras dan beberapa barang keperluan yang tular di laman sosial sejak Khamis.
Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Menurutnya, SWCorp Pahang menerima maklumat berkaitan isu tular pembuangan sampah di lokasi tersebut melalui laman sosial Facebook pada Khamis.
"Pihak kami turut mendapatkan beberapa maklumat mengenai jenis sisa barangan keperluan asas harian seperti beras, tepung, gula, sardin dan pelbagai barangan lain yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Tindakan diambil segera kerana menyebabkan pencemaran dan menjejaskan alam sekitar selain terdapat juga maklumat mendakwa ada penduduk mengutip barangan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Sharudin berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya juga melaksanakan operasi penguatkuasaan sampah haram dan memasang pita penghalang serta papan tanda amaran larangan membuang sampah haram di lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan.
"Berdasarkan maklumat, tapak pelupusan sampah seluas 0.1 hektar itu disediakan pihak Felcra Berhad untuk kegunaan penduduk sejak lima hingga enam tahun lalu namun tidak dilesenkan melalui SWCorp," jelasnya.
Beliau berkata, pihak terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 672) kerana membuang sisa pepejal terkawal di kawasan yang tidak dibenarkan.
"Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sementara itu katanya, hasil tinjauan pegawai penguat kuasa SWCorp Pahang di lokasi pada pagi Jumaat mendapati sebahagian kawasan pelupusan itu telah dibersihkan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 19 2024
Anggota penguat kuasa SWCorp memasang pita penghalang bagi menghalang orang ramai membuang sampah di tapak pelupusan sampah tular yang ditutup sementara untuk siasatan lanjut.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.