LABUAN: Pembangunan modal insan turut menjadi fokus dalam program Kampung Angkat MADANI Wilayah Persekutuan (JWP).
Ia penting bagi memastikan penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Menurut Ketua Pengarah JWP, Datuk Noridah Abdul Rahim, selain JWP, agensi kerajaan dan sektor korporat perlu berganding bahu dalam menjayakan pembangunan di Kampung Angkat MADANI.
“Program ini bukan hanya fokus kepada infra (infrastuktur) tetapi program-program pembangunan modal insan dan juga pembangunan keupayaan penduduk-penduduk itu sendiri.
"Kebergantungan kepada kerajaan kita tak boleh nak berterusan, tetapi peranan kami di sini adalah untuk membantu.
"Contoh, kalau saya tengok majoriti adalah nelayan, petani yang bekerja sendiri, bagaimana kita membantu mereka untuk meningkatkan pendapatan,” kata beliau.
Noridah ditemui selepas majlis Program Temu Mesra, Kampung Angkat MADANI Kampung Belukut di Labuan pada Sabtu, (4 Mei) yang turut mendapat kerjasama Perbadanan Labuan.
Kampung Belukut berkeluasan 38,446 hektar dikategorikan sebagai kampung serba kekurangan dari aspek kemudahan infrastuktur, dijadikan Kampung Angkat MADANI berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Tahap liputan kemudahan asas di kampung yang mempunyai 600 penduduk itu adalah pada kadar 50 peratus dan memerlukan penyelenggaraan dan naik taraf seiring dengan keperluan penduduk.
Pemilihan Kampung Belukut sebagai Kampung Angkat MADANI turut disambut baik penduduknya.
Menurut Ketua Kampung Belukut, Asmadi Ahmad, banyak infrastuktur di kampung perlu dibaiki dengan segera bagi kemudahan dan keselamatan penduduk di kampung itu.
“Dalam masa terdekat adalah keperluan asas seperti balai raya.
"Seperti tuan nampak, balai raya ini perlu dinaik taraf kerana ada (kelas) KAFA di sini dan juga aktiviti-aktiviti setempat untuk belia seperti silat dan juga sebagainya.
"Kami juga memohon agar permohonan gelanggang futsal dipercepat dan juga permohonan bumbung terbuka ini dipercepat proses pelaksanaannya,” kata Asmadi.
Asmadi turut membawa Noridah meninjau kawasan di sekitar Kampung Belukut yang mempunyai masalah banjir dan tanah mendap, selain keperluan dan kemudahan bagi nelayan di kawasan itu.
Kampung Angkat MADANI merupakan inisiatif Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 untuk meningkatkan capaian kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, lampu jalan, kemudahan masyarakat dan capaian internet secara holistik melalui pendekatan Whole of Government.
Ian Johan Ariff
Sun May 05 2024
Datuk Noridah Abdul Rahim (kiri) membuat lawatan kerja di Kampung Belukut, Labuan selepas ia dipilih untuk menjadi Kampung Angkat MADANI JWP. Foto - Jabatan Wilayah Persekutuan.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kampung Banggol Cempedak diiktiraf Kampung Angkat MADANI pertama Terengganu
Kampung Banggol Cempedak di Serada mencipta memori tersendiri apabila terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI pertama di Terengganu.