KAMPUNG Baru dari perspektif generasi muda-muda atau lebih dikenali dengan panggilan Gen Y biasa-biasa sahaja keadaannya.
Mereka terarah kepada melihat laluan utama di sekitar kampung ini lebih sebagai jalan pintas ke KLCC,Ampang (melalui lebuhraya AKLEH),Bukit Bintang mahupun membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Namun,bagi penggemar nasi lemak pula,di sinilah lokasi antaranya Nasi Lemak Antarabangsa,Nasi Lemak Wak Manjor dan Nasi Lemak City Garden (ada juga menggelar nasi lemak tetek kerana bungkusannya sebesar saiz biasa buah dada).
Di sini juga terkenal dengan hidangan nasi kerabu,nasi dagang serta beberapa hidangan Pantai Timur atau masakan Padang yang biasa dicari warga kota bila malam menjelang.
Cuma 3 dan 4 tahun kebelakangan ini,beberapa kedai 'Arab' dan masakan negara Timur Tengah mula memasuki kampung tradisi berusia lebih 110 tahun ini.
Citarasa Gen Y juga sekali gus terarah kepada kedai-kedai begini yang dibuka sehingga empat pagi setiap hari sebagai mahu kelihatan lebih 'trendy',moden dan tidak ketinggalan zaman.
Saya secara peribadi melihat kemasukan kedai-kedai Arab begini sama dengan usaha memajukan Kampung Baru sendiri.
Tujuh kampung yang bernaung di dalamnya sudah menerima tempias pelan pembangunan sejak dahulu sebenarnya namun sejak penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) yang mula beroperasi pada 2011,penduduk melihat prospek baru realiti masa depan kediaman mereka.
Berjumpa sendiri dengan Ketua Pegawai Eksekutif PPKB,Naharudin Abdullah di pejabatnya dan menyelami satu demi satu perancangan PPKB,saya rasa teruja.
Masakan tidak,pelan yang dirancang tanpa meminggirkan setiap inci tanah,penduduk serta pewaris di kampung itu dilihat benar-benar memberi untung jangka panjang kepada mereka.
Konsep kampung yang dikekalkan selain pembinaan infrastruktur serta kediaman baru yang melambangkan kampung tradisi penuh kemodenan perlu dilihat dari segi positif.
Motto PPKB ''Di sini bermulanya pembangunan Kampung Baru'' menjadi bukti keikhlasan serta ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri antaranya daripada tujuh Ketua Kampung di sini memberi impak setiap keputusan yang bakal diumum merupakan hasil kolektif penduduknya sendiri.
''Kami jumpa wakil penduduk 22 kali sebelum menubuhkan PPKB.Kami tidak mahu ada yang marah kelak selain memastikan aset mereka di sini terbela.
''Kini pertemuan dibuat setiap dua bulan sekali,kami berbincang dengan penduduk dan wakil kampung tentang garis panduan kampung sebelum Pelan Induk Kampung Baru 2020 dimuktamadkan pada Jun tahun depan,'' katanya.
Sebenarnya saya terdetik,pertemuan bersama Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS),Shamsuri Suradi sebelum itu memberi makna berlainan dari Naharudin.
Shamsuri katanya sudah menerima respon beberapa penduduk mengenai kehendak yang dikatakan berlainan dengan pelan PPKB.
''Kampung Baru ibarat pusaka nenek moyang,mereka mahu kampung ini dibangunkan dengan cara mereka sendiri,kekurangan orang Melayu dilihat dari segi ekonomi dan perkara ini harus direalisasikan sebagai ikon Melayu di bandar,''ujarnya penuh emosi - juga sentimental.
Mungkin Shamsuri yang lahirnya di Kampung Baru,zaman kecil,besar,kerjaya dan memetik katanya ''Segalanya bermula di sini'' melihat kampung tradisi ini dalam aspek berbeza.
Biarlah apa kata masyarakat kepada kampung ini.Bagi saya ia sendiri sudah melihat dan menjadi saksi pelbagai peristiwa manis dan berdarah negara.
Kampung Baru - dari seorang menteri ke seorang menteri yang dipertanggungjawab kepada kampung ini,dari menteri dahulu sehingga sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan kini terbaharu,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,sinar kemajuan kampung ini masih tercari-cari rentaknya.
Saya sendiri masih mentah untuk menilai kisah kampung ini,cuma persepsi mewarnai fikiran sekali gus meneka kemungkinan Kampung Baru menjadi sebuah penempatan moden dan meninggalkan terus ciri asli sebuah kampung atau kekal begini selama-lamanya. - saya serah sepenuhnya kepada penduduk di sini.
Apa yang saya tahu,saya tidak menjadikan nasi lemak atau kerabu tetapi sepotong 'Shawarma' ayam di sebuah cafe Arab di Kampung Baru sebagai hidangan makan malam hari ini.
Wan Syamsul Amly
Tue May 28 2013
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Akok durian pesara tentera laku keras
Dia mula membuka gerai pada pukul 7 pagi dan berjaya menjual semua kuih itu, yang menggunakan 100 ulas durian premium, dalam tempoh empat jam.
Empat kenderaan terbakar di rumah pangsa PKNS Kampung Baru
Empat kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di rumah pangsa PKNS Kampung Baru, di sini, pada Rabu.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
26 penjaja gerai singgang Kampung Baru berpindah ke lokasi baharu
Menurut DBKL, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan.
'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.
Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.
Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun
Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun tidak jauh daripada kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa
Keadaan premis perniagaan dan penjaja di sekitar kawasan Masjid Jamek Kampung Baru dibuka seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.