awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2023
06:20 MYT
Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun
Kumpulan itu memakai baju putih sebagai simbol bagi menyatakan bantahan susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun tidak jauh daripada kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.
Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, kumpulan itu memakai baju putih sebagai simbol bagi menyatakan bantahan susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pada masa yang sama, mereka turut melilit kain putih yang ditulis '#Selamatkan Malaysia' di kepala serta memakai selendang bercorak 'Jalur Gemilang'.
Kumpulan berkenaan difahamkan mula berkumpul sekitar jam 12.15 tengah hari tadi.
Pada masa yang sama, mereka difahamkan turut menjual baju tersebut pada harga RM20 sehelai kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya.
Pada Jumaat, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, mereka tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.
Ujarnya, ketetapan itu dibuat dengan mengambil kira polis telah menerima notis penganjuran perhimpunan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Himpunan Selamatkan Malaysia
#keadaan terkini
#masjid jamek
#Kampung Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan