awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kamu tetap selamanya permata negara Azizulhasni' - PM Anwar

Bernama
Bernama
11/08/2024
02:10 MYT
'Kamu tetap selamanya permata negara Azizulhasni' - PM Anwar
Anwar menzahirkan penghargaan kepada jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni yang bertanding dalam acara keirin lelaki. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang yang bertanding dalam acara keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
"Kamu tetap dan selamanya permata negara, terima kasih," kata Perdana Menteri menerusi hantaran dimuat naik dalam ruangan Facebook Story yang berlatarbelakangkan gambar The Pocket Rocketman itu.
Azizulhasni yang menggalas impian negara untuk merangkul emas pertama pada temasya sukan itu tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines di Paris semalam.
Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan semasa saringan satu pusingan pertama selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek, sekali gus perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.
Penyandang pingat perak itu sepatutnya bersaing dengan lima pelumba lain iaitu Matthew Glaetzer dari Australia, Rayan Helal (Perancis), Kaiya Ota (Jepun), Jeffrey Hoogland (Belanda) dan pelumba Suriname, Jair Tjon En Fa.
Saringan satu itu dimenangi Glaetzer sementara kedua menjadi milik Hoogland.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Anwar Ibrahim
#Azizulhasni Awang
#permata negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan