awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 5 tahun dikhuatiri lemas terjatuh parit

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2020
15:16 MYT
Kanak-kanak 5 tahun dikhuatiri lemas terjatuh parit
Bomba tiba di lokasi kejadi mendapati dua kanak-kanak lelaki dipercayai dihanyutkan air dalam sebuah parit. - Foto ihsan bomba
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun terselamat manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, dekat Sungai Petani, hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.37 petang Ahad.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu bersama tujuh anggota dan dua jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).
Katanya, bomba menerima maklumat di lokasi kejadian didapati dua kanak-kanak lelaki dipercayai dihanyutkan air dalam sebuah parit.
Mangsa dikenali Muhamad Hafiz Hazmi Hamizal, 10 dan adiknya Muhamad Uwas Alhafiz Hamizal, 5.
Bagaimanapun seorang daripadanya berjaya diselamatkan manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun masih hanyut menuju ke hilir sungai.
Mohamadul Ehsan berkata, tindakan pasukan bomba melakukan pencarian di lokasi dan di kawasan hilir menuju ke sungai menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.
Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani turut berada di lokasi kejadian.
Operasi turut disertai anggota polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya lagi, operasi dihentikan jam 8 malam akibat cuaca gelap dan akan disambung esok (Isnin).
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Kanak-kanak
#Kedah
#lemas
#Muhamad Hafiz Hazmi Hamizal
#Muhamad Uwas Alhafiz Hamizal
#polis
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan