ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut disyaki didera ibu kandung sendiri, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 12.20 tengah hari itu pihaknya menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek iaitu ibu kandung dan kekasih ibunya yang juga bapa angkat mangsa, serta seorang adik dan kakak.
"Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera.
"Ibu kandung mangsa berusia 35 tahun ditahan di HSA, manakala kekasihnya yang berusia 32 tahun ditahan di kediaman di Nusa Bistari.
"Semasa ditahan kedua suspek negatif ujian saringan dadah.
"Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor telah menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan poly pipe di atas sofa dan kesan darah di rumah suspek.
"Pemeriksaan awal oleh pihak HSA mendapati mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Dzulkhairi, bedah siasat akan dijalankan hari ini selepas keputusan swab test COVID-19 mangsa diperoleh.
Kedua-dua suspek didapati memiliki rekod jenayah lampau.
"Pemeriksaan rekod lampau terhadap suspek mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau yang sama iaitu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan empat rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat Dec 04 2021
Pihak forensik menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan 'poly pipe' di atas sofa dan kesan darah di rumah suspek. -Foto PDRM
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan
Polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai mendera anak kandungnya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, di sini Khamis lalu.
Kanak-kanak 5 tahun maut disyaki didera ibu kandung
Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera.
Budak maut dalam tong air: Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
Suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.