awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak berjaya selamatkan rakan dari diculik

Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin
27/09/2022
00:30 MYT
Kanak-kanak berjaya selamatkan rakan dari diculik
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan dengan segera jika ada sebarang maklumat atau individu yang mencurigakan berada di kawasan kejiranan. - Foto PDRM
LIPIS: Seorang kanak-kanak gagalkan cubaan penculikan terhadap kawannya ketika dalam perjalanan balik ke rumah selepas bermain bola di padang Sekolah Kebangsaan Jeram Landak di sini, pada 25 September.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian itu berlaku pada 25 September kira-kira jam 7.15 petang yang turut ditularkan di media sosial.
“Ibu (pengadu) kepada kanak-kanak yang berjaya membantu menggagalkan cubaan itu telah membuat laporan polis pada 26 September kira-kira jam 1.50 petang.
“Sorotan kejadian itu yang berlaku berhampiran sekolah tersebut dan didakwa suspek dipercayai memandu kereta Proton Wira berwarna merah dan tidak dapat mengecam nombot plat kereta itu,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, pengadu memaklumkan kereta itu didakwa datang dari arah bertentangan dan memasang lampu besar, kemudian kereta itu terus berhenti dan cuba menarik pergelangan tangan kanan kanak-kanak tersebut melalui tingkap kereta.
“Anaknya menolong menarik dan merentap tangan kawannya daripada lelaki tersebut sehingga mereka berdua terjatuh ke dalam semak, kereta itu terus memecut meninggalkan tempat tersebut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu menculik dari penjagaan yang sah dan perlu dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan iaitu cuba melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan dengan segera jika ada sebarang maklumat atau individu yang mencurigakan berada di kawasan kejiranan.
“Sebarang maklumat boleh terus disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibupejabat Polid Daerah Lipis di talian 09- 3121999 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Husin Daud di talian 011-65426136,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#culik
#Sekolah Kebangsaan Jeram Landak
#Azli Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan