Dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang, Taiping pada 4 Julai lepas disahkan tidak mempunyai tanda-tanda dijangkiti rabies atau penyakit anjing gila.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kanak-kanak yang masing-masing berumur 11 dan 12 tahun itu disahkan sihat tanpa penyakit berkaitan penyakit berkenaan.
"Kedua-duanya sihat, jangkitan anjing telah sembuh. Kedua-duanya tidak ada tanda sakit. Kanak-kanak itu akan dipantau hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri Datuk Saraani Mohamad berkata Jabatan Kesihatan negeri perlu bersiap siaga untuk menangani kes berkenaan.
"Jka perkara itu serius ambil tindakan sewajarnya supaya tidak membimbangkan rakyat. Kita juga meminta Jabatan Veterinar negeri untuk mengambil tindakan supaya kes itu tidak merebak dan menjadikan orang panik," katanya ketika ditemui selepas perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini hari ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam hari ini mengeluarkan kenyataan jabatannya telah melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di Kuala Sepetang susulan kes rabies berkenaan.
Menurutnya kes itu dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada 13 Julai lepas (Khamis) bahawa anjing miliknya telah mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2017
Jabatan Perkhidmatan Veterinar melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di Kuala Sepetang susulan kes rabies berkenaan. - Gambar fail
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Kanak-kanak di Taiping tiada gejala rabies - Exco
Dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang, Taiping pada 4 Julai lepas disahkan tidak mempunyai tanda-tanda dijangkiti rabies atau penyakit anjing gila.
Kes rabies dikesan di Kuala Sepetang, Taiping - KP Veterinar
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam bagaimanapun berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kawasan jangkitan terhad kepada satu kampung sahaja.