Reman seorang wanita yang sebelum ini dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin, Jumaat lepas, dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini.
Majistret Tan Chai Wei mengeluarkan perintah itu selepas mendapat permohonan polis untuk melanjutkan reman terhadap wanita yang berusia 36 itu bagi membantu melengkapkan siasatan.
Sebelum ini suspek direman selama empat hari dan berakhir hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak dilapor berkata wanita yang ditahan reman dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, didapati bukan ibu kandung kanak-kanak malang itu.
Hamazah berkata penemuan berkenaan diperoleh hasil soal siasat pihak polis terhadap wanita berusia 36 tahun itu dan penemuan terbaru hasil siasatan itu juga menunjukkan wanita itu berkemungkinan mengambil upah menjaga kanak-kanak berkenaan.
Muhammad Adam ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi Jumaat lepas, dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.
Dia dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu sebelum ditemui sehari kemudian apabila sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk rumah tersebut.
Tindakan itu susulan laporan polis yang diterima daripada ketua kampung pada 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak sedang menangis di dalam sebuah rumah yang berkeadaan gelap dan berkunci. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
Muhammad Adam ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi Jumaat lepas, dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan. - Gambar BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Tragedi ‘water rafting’: Ikram sempat hantar video kepada ibu sebelum lemas
Seorang mangsa tragedi 'water rafting' di Sungai Jahang, Gopeng, sempat menghantar rakaman video kepada ibunya menunjukkan keadaan paras air sungai yang tinggi.
Ibu hubungi sekolah sebelum serangan tembakan di Georgia
Ibu kepada suspek Colt Gray yang berusia 14 tahun, meminta kaunselor sekolah untuk segera mencari anaknya.
'Arwah mak selalu pesan supaya kerap ziarah orang susah' - Sanusi
"Arwah mak pesan selalu ziarah orang susah," demikian kongsi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengenai pesanan ibunya Meriam Ahmad, 74, yang meninggal dunia hari ini.
Ibu simbah anak air panas kerana tonton video lucah dipenjara 3 tahun
Seorang wanita dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyimbah air panas pada anak lelakinya yang menonton video lucah di telefon bimbit.
Ibu kanak-kanak tembak guru mengaku bersalah
Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan salah laku menyimpan senjata api secara cuai terhadap Deja Taylor.
Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak berusia 9 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.
Ibu meraung lihat CCTV anak dipukul di taska
Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) tular di aplikasi WhatsApp sejak Rabu memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska di sekitar Kota Kinabalu.
Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM Anwar
Anwar mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.
'Genap seminggu pemergian mama' - Irma Hasmie kehilangan ibu tercinta
Pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.
'Nak sayang adik sepenuhnya' - Anak terkilan tak sempat pakai baju raya sedondon
Itu antara luahan anak wanita yang mati dipercayai dibunuh kejam suaminya dalam kejadian di Kampung Besol