IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Seri Iskandar, kira-kira 37 kilometer, dari sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 tengah hari dan jentera tiba di lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer kira-kira 10 minit kemudian.
"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut berada bersebelahan dengan tasik berkenaan.
"Mangsa ditemui pada jam 4.25 petang kira-kira tiga meter dari tebing tasik berkenaan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Bota.
“Bedah siasat akan dilaksanakan pada malam ini untuk mencari punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya.
Justeru beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian itu supaya membantu siasatan dengan menghubungi Pengawai Penyiasat Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Mangsa lemas dibawa naik selepas ditemukan kira-kira tiga meter dari tebing tasik berhampiran Masjid UTP di Seri Iskandar. - Bernama
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.