93 peratus daripada 55,685 orang kurang upaya (OKU) peringkat sekolah merupakan OKU yang mempunyai masalah pembelajaran manakala hanya 7 peratus adalah OKU fizikal.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yakin jumlah sebenar adalah lebih besar namun tidak didaftarkan oleh golongan ibu bapa atau penjaga.
Dalam pada itu, Rohani menyarankan ibu bapa atau penjaga yang merasakan anak mereka mempunyai masalah pembelajaran agar melakukan pemeriksaan di hospital untuk mengesan tanda-tanda OKU pada peringkat awal.
"Masalah pembelajaran ini dia boleh berlaku di kalangan keluarga kita pun, tapi kita tak nampak sebagai OKU dan kita tidak ambil apa-apa campurtangan tetapi sebenarnya apabila bawa ke hospital jumpa doktor rupanya mereka berada dalam kategori masalah pembelajaran seperti dyslexia dan hiperaktif.
“Kanak-kanak hiper yang tidak boleh duduk diam juga dikategorikan sebagai OKU," kata Rohani kepada pemberita.
Di bawah kategori masalah pembelajaran yang digariskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.
Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual.
Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.
Selain itu, kementerian juga telah membangunkan enam kategori taska kepada kanak-kanak OKU iaitu OKU fizikal (Kota Kinabalu), pendengaran (Puchong, Selangor), penglihatan (Pulau Pinang), Sindrom Down (Presint 11, Putrajaya), autisme (Sibu, Sarawak) dan masalah pembelajaran (Ipoh, Perak).
Taska kategori Sindrom Down dan fizikal telah mula beroperasi tahun ini manakala empat buah lagi akan mula beroperasi tahun depan.
Rohani juga memberitahu Kementerian Pendidikan sedang menaik taraf bilik darjah di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang melibatkan 197 bilik darjah dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Sehingga kini, sebanyak 80 buah bilik darjah yang telah siap dinaik taraf sepenuhnya manakala 117 bilik darjah lagi masih dalam proses penaiktarafan. Projek berkenaan bakal memberi manfaat kepada seramai 55,685 orang pelajar OKU di sekolah.
Kementerian Pendidikan juga bercadang mewujudkan sekurang-kurangnya 1 sekolah rendah dan 1 sekolah menengah yang mesra OKU di setiap daerah. Antaranya termasuk kemudahan yang mesra OKU seperti parkir, ramp, railing dan tandas kepada OKU.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kebangsaan bagi orang kurang upaya (OKU) di kementeriannya di Putrajaya.
Dalam pada itu, Majlis Kebangsaan OKU telah mengenalpasti 27 isu yang dibangkitkan oleh OKU semasa mengadakan siri jelajah advokasi ke seluruh negara.
Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti pinjaman khas dan kuota untuk perumahan kepada OKU, peluasan penggunaan bahasa isyarat dengan mewujudkan perjawatan tetap sebagai juru bahasa isyarat dan juga peluang pekerjaan kepada OKU di sektor swasta secara lebih agresif.
"Kami juga mendapat maklum balas berkenaan parkir OKU. Mereka meminta agar tanda OKU tidak berada di lantai kerana apabila kenderaan parkir di situ tidak kelihatan tanda berkenaan. Mereka juga meminta penguatkuasaan lebih ketat kepada mereka yang menyalahgunakan parkir itu. Bukan hanya menyaman kerana mereka akan ambil mudah kerana mampu membayar saman berkenaan.
"Jadi apa cadangan yang kami dengar adalah mengenakan sistem demerit kepada sesiapa yang bersalah akan dipotong markah. Apabila melebihi markah tertentu mereka tidak boleh memperbaharui lesen dan sebagainya," tambah Rohani.
Kata Rohani semua ahli majlis akan meneliti semua isu tersebut dan akan memanjangkan perkara itu ke peringkat atas kementerian dan agensi masing-masing.
Rohani turut melancarkan sebuah lagu bertajuk "Ku Boleh Ku Gemilang" dalam YouTube yang digubah gabungan OKU sebagai langkah advokasi kepada masyarakat melalui media sosial.
Tan Su Lin
Thu Dec 05 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
MAHA 2020 akan diadakan secara hibrid - Ismail Sabri
Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020.
Keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan: Realiti atau fantasi?
Keseimbangan kerja dan kehidupan bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mereka yang berkeluarga malah kepada mereka yang belum berkahwin atau tiada anak.