Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Kanak-kanak lima tahun maut dicampak ke sungai

Nenek kepada mangsa Putri Nur Afiyah Qalesya Mustafa,5, Mahani Mad Som menunjukkan dimana cucunya ditemukan maut dipercayai dicampak di alur sungai kira-kira 300meter dari rumah neneknya di Kampung Padang Sedili. Foto: Mohd Fuad Hashim
Nenek mangsa menunjukkan lokasi cucunya ditemukan tertiarap dan tidak bernyawa selepas dipercayai dicampak ke dalam alur sungai. - Foto BERNAMA
Advertisement

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili di sini, pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun dengan bersenjatakan parang.

“Polis menerima laporan kira-kira 9.30 pagi berhubung kejadian suspek mengamuk dan mengejar lelaki terbabit.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi kejadian dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan, namun suspek akhirnya berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan semalam.

Yusof berkata pembantu pegawai perubatan mengesahkan kematian kanak-kanak itu dan mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dijangka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang esok untuk bedah siasat. 

Beliau berkata suspek dipercayai menghadapi masalah kesihatan mental manakala kejadian berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement