awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar jip

Bernama
Bernama
12/02/2021
07:53 MYT
Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar jip
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata mangsa, Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman, 5, disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau. - Gambar fail
TAWAU:Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar kenderaan jenis jip di hadapan rumahnya di Lorong Semarak 2A/6, Taman Semarak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata mangsa, Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman, 5, disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau.
Katanya, dalam kejadian pada 4.20 petang itu, pemandu berusia 69 tahun bersama isterinya dalam perjalanan ke rumah sepupu mereka untuk menghantar barang.
"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pemandu terdengar suara kanak-kanak berteriak dan terus memberhentikan kereta.
"Pemandu mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring dalam keadaan cedera parah berhampiran tayar hadapan sebelah kanan jip berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tawau
#polis
#maut
#meninggal dunia
#Kanak-kanak
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#kanak-kanak maut dilanggar jip
#Peter Umbuas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan