awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak Malaysia hanya capai 62% potensi sebenar - Bank Dunia

Luqman Hariz
Luqman Hariz
18/12/2018
09:39 MYT
Kanak-kanak Malaysia hanya capai 62% potensi sebenar - Bank Dunia
Menurut Bank Dunia, ini antara lain disebabkan sistem pendidikan yang kurang efektif di Malaysia.
Kanak-kanak di Malaysia dijangka mencapai hanya 62 peratus daripada potensi mereka apabila mencecah usia dewasa, menurut laporan Bank Dunia.
Dalam laporan Malaysia Economic Monitor yang dilancarkan di sini hari ini, Bank Dunia berkata Indeks Modal Insan Malaysia dicatatkan pada 0.62 daripada jumlah 1.00 pada 2017.
Ini lebih tinggi daripada indeks purata Asia Pasifik, tetapi lebih rendah berbanding negara berpendapatan tinggi.
“Ini bermakna kanak-kanak di Malaysia mungkin akan mencapai hanya 62 peratus daripada potensi penuh mereka, berbanding kanak-kanak yang hidup dalam persekitaran yang optimum,” kata Dr Gabriel Demombynes, Ketua Program Bank Dunia dalam kajian tersebut.
Indeks Modal Insan Bank Dunia mengukur beberapa kriteria untuk menentukan sejauh mana potensi modal insan sesuatu negara direalisasikan.
Kriteria ini termasuk kadar jangka hayat kanak-kanak Malaysia daripada lahir hingga lima tahun, tahap kualiti pendidikan yang diterima, kadar kebantutan serta kadar jangka hayat orang dewasa.
Menurut Bank Dunia, ini antara lain disebabkan oleh sistem pendidikan yang kurang efektif.
Malaysia mencatat indeks yang lebih tinggi daripada purata Asia Tenggara, tetapi lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi.
Bank Dunia berkata, tunjang kepada isu ini adalah sistem pendidikan di Malaysia yang didakwanya tidak mencapai potensi sepenuhnya.
Laporan itu berkata, walaupun jumlah tempoh persekolahan di Malaysia adalah 12 tahun, ia sama seperti hanya 9 tahun jika diukur menerusi kualiti pendidikan yang diterima murid sepanjang tempoh itu.
Perbandingan
Perbandingan
“Dengan perkembangan teknologi yang amat pesat, kekayaan setiap negara kini semakin berkait rapat dengan kualiti modal insannya.
“Ekonomi global kini semakin mementingkan kemahiran kognitif tahap tinggi – kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran sosio-akhlak, logik, dan keberkesanan diri,” kata Bank Dunia dalam laporan itu.
Dr Demombynes berkata, amat penting untuk Malaysia meningkatkan kualiti pendidikan negara daripada tahap pra sekolah lagi.
Katanya satu mekanisme perlu dirangka untuk menilai semula keberkesanan sistem pendidikan, bagi memastikan ia meletakkan keutamaan kepada keberkesanan pembelajaran, dan bukan sekadar merangka modul atau silibus semata-mata.
“Secara umumnya, sistem pendidikan yang efektif di dunia adalah yang menyeragamkan keseluruhan sistem pendidikannya untuk menjadikannya berorientasikan pembelajaran,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Indeks Modal Insan
#Kementerian Pendidikan
#Pendidikan Malaysia
#sekolah malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan