awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia

Bernama
Bernama
25/11/2024
08:35 MYT
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Green sebelum ini merupakan Pengurus Negara untuk Kepulauan Pasifik, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand di Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) yang merupakan ahli Kumpulan Bank Dunia.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata jawatan yang baru diwujudkan untuk Green akan berpangkalan di hab pertumbuhan inklusif dan kewangan mampan Kumpulan Bank Dunia di Kuala Lumpur, yang keutamaannya menyokong pembangunan negara melalui pengetahuan, pelaburan dan bantuan nasihat.
Hab itu juga memanfaatkan pengalaman pembangunan dan inovasi dasar Malaysia untuk memudahkan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan negara berpendapatan rendah dan sederhana yang bercita-cita untuk mencontohi kejayaan pembangunan Malaysia.
Green sebelum ini merupakan Pengurus Negara untuk Kepulauan Pasifik, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand di Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) yang merupakan ahli Kumpulan Bank Dunia yang berdedikasi untuk pembangunan sektor swasta dalam pasaran baru muncul.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of the West Indies dan merupakan felow Persatuan Akauntan Bertauliah (United Kingdom) dan Institut Akauntan Bertauliah Jamaica.
Sementara itu, Green berkata Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada pertanian dan komoditi kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan nilai tambah, yang memacu pertumbuhan ekonomi.
"Memperluaskan penglibatan kami dengan kedua-dua sektor awam dan swasta di bawah pendekatan kepimpinan baharu ini akan membolehkan kami menyokong Malaysia dalam cita-cita pembangunannya dengan lebih baik," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Malaysia
#Pengurus Negara
#Judith Green
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan