awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia

Bernama
Bernama
14/10/2024
22:30 MYT
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Mustafaoglu berkata, kerajaan Malaysia berminat untuk memanfaatkan teknologi dalam pertanian, yang diiktiraf sebagai sektor utama untuk masa depan. - Gambar FB Bank Dunia
KUALA LUMPUR: Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Pengarah Negara Bank Dunia bagi Filipina, Malaysia dan Brunei, Dr Zafer Mustafaoglu berkata, Bank Dunia telah bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi mengenai perkara ini dan telah menyediakan laporan mengenai pengintegrasian dan penggunaan teknologi digital dalam pertanian.
"Kami telah memuktamadkan laporan itu dan menjangka untuk terus mengusahakan perkara ini dan membincangkan langkah seterusnya," kata Mustafaoglu selepas pelancaran laporan Malaysia Economic Monitor: Farming the Future: Harvesting Malaysia's Agricultural Resilience through Digital Technologies, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media mengenai penglibatan Bank Dunia dengan kerajaan Malaysia untuk mempercepat penggunaan teknologi dalam sektor pertanian.
Menurut laporan itu, DAT boleh memacu pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian kritikal berstruktur negara melalui teknologi seperti Sistem Kedudukan Sejagat, dron dan sensor.
Laporan itu turut menekankan mengenai pemulihan dalam sektor pertanian baru-baru ini, yang meningkat sebanyak 7.2 peratus pada suku kedua tahun ini.
Ini sejajar dengan prospek ekonomi Malaysia yang positif, dengan unjuran pertumbuhan ekonomi keseluruhan sebanyak 4.9 peratus pada 2024, meningkat daripada 3.7 peratus pada 2023, katanya.
Mustafaoglu berkata, kerajaan Malaysia berminat untuk memanfaatkan teknologi dalam pertanian, yang diiktiraf sebagai sektor utama untuk masa depan.
Laporan itu antara lain menggariskan tindakan khusus untuk memastikan ekonomi luar bandar dan sektor agro makanan mendapat manfaat sepenuhnya daripada DAT, termasuk peningkatan pembiayaan untuk barangan awam bagi menyediakan sumber yang diperlukan untuk pelaksanaan DAT yang berkesan dan pelaburan lebih besar dalam ekosistem inovasi untuk memupuk pembangunan dan menggalakkan inovasi dalam DAT. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#DAT
#pertumbuhan ekonomi
#masa depan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan