Ketika seluruh negara mengejar transformasi ke arah pemodenan, kesihatan golongan kanak-kanak pula diabaikan.
Di luar pengatahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan.
Secara perbandingan, kadar kebantutan negara lebih dekat dengan kadar di Iraq iaitu 22.6 peratus
susulan campur tangan Amerika Syarikat pada tahun 2011.
Beirkut penemuan terbaharu dalam kaji selidik ‘Stunting in Malaysia: Costs, Causes and Courses for Action’ oleh Derek Kok di Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi, jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.
Isu kebantutan pada tahap awal kehidupan iaitu 1,000 hari dari tarikh kelahiran boleh meninggalkan impak negatif kepada pembangunan seorang kanak-kanak.
Antaranya termasuk masalah kognisi dan prestasi dalam pendidikan yang kemudian berlanjutan ke masalah pekerjaan, gaji rendah, peningkatan berat badan diikuti dengan risiko penyakit kronik berkaitan dengan nutrisi.
Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan morbiditi (berpenyakit).
Berdasarkan laporan statistik Bank Dunia pula, kadar kebantutan di Malaysia telah merosot kembali kepada tahap yang sama pada tahun 1999 walaupun ia semakin mengecil di seluruh dunia.
Kadar kebantutan negara pada 20.7 peratus jauh melangkaui sasaran 11.0 peratus yang ingin dicapai pada tahun 2025 bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) 2016-2025.
Antara penemuan lain, kebantutan merentasi semua tahap pendapatan, walaupun ia lebih menonjol dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.
Selain itu, masalah kebantutan rata-ratanya mencatat kadar tinggi bagi semua kaum, namun ia lebih tinggi dalam kalangan kaum Melayu berbanding kaum Cina dan India.
Dari aspek kebantutan dalam kalangan negeri di Malaysia pula, semua negeri mencatatkan kadar kelaziman lebih 6.9 peratus manakala Kelantan, iaitu negeri paling miskin di negara ini mencatat kadar kebantutan tertinggi dengan 34.0 peratus dan Terengganu kedua tertinggi dengan 26.1 peratus.
Seperkara yang harus diketahui, masalah kebantutan bukan mudah untuk diatasi kerana ia disebabkan oleh pelbagai faktor yang berakar umbi dalam isi rumah, persekitaran, sosioekonomi dan budaya.
Kaji selidik Stunting in Malaysia tertumpu kepada faktor jaminan kedapatan makanan (food security) dalam isi rumah, amalan penjagaan dan pemakanan, akses kepada perkhidmatan kesihatan serta persekitaran yang sihat.
Menurut Derek dalam kajiannya, cara penyelesaian bagi isu kebantutan negara terlalu fokus kepada bantuan makanan dan kurang mementingkan faktor-faktor akar umbi lain.
Tambahnya, kebantutan tidak patut dilihat sebagai kes berasingan yang hanya tertumpu kepada seorang kanak-kanak, tetapi turut melihatnya sebagai isu yang berlanjutan daripada ibu kepada anak, terutamanya anak perempuan.
Antara sebab utama masalah kebantutan berlaku secara berleluasa dan berpanjangan adalah kerana seorang gadis yang terbantut akan membesar menjadi dewasa lalu melahirkan anak yang turut mengikuti gen kebantutan - sekali gus melanjutkan satu kitaran hidup yang malang.
Nailah Huda
Wed May 29 2019
Ini penemuan terbaharu dalam kaji selidik Stunting in Malaysia: Costs, Causes and Courses for Action oleh Derek Kok di Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia. Gambar hiasan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
700,000 warga Palestin di ambang maut
PBB juga bimbang keseluruhan generasi berisiko mengalami bantut iaitu keadaan yang disebabkan masalah mendapatkan makanan berkhasiat.
Anak bantut: Kos hidup tinggi buatkan ibu bapa pilih makanan murah, tidak bernutrisi
Keadaan itu juga menyebabkan ibu hamil tidak mengambil nutrisi yang baik buat bayinya.
Geli dengan nasi, daging, kanak-kanak usia empat tahun didiagnosis bantut
Seorang ibu tidak tidak menyangka anaknya disahkan terbantut oleh petugas kesihatan Indonesia meskipun kanak-kanak itu kelihatan normal dan tiada masalah kesihatan.
Bantut dan malnutrisi: Solusi perlu sentuh isu pokok - Penyelidik
Malnutrisi dan bantut mencerminkan isu makro dan simptom kepada masalah lebih besar, iaitu sosioekonomi.
Bantut: Fahami situasi, kaji punca harga tinggi susu formula
Apa yang harus dilakukan kini adalah mencari jalan untuk memahami situasi dan persekitaran kanak-kanak ini yang kebanyakannya berasal dari keluarga tidak berkemampuan.
Kanak-kanak Malaysia lebih terbantut berbanding di Gaza
Kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus, lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang seringkali melalui konflik keganasan.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.