Cuti persekolahan yang dimanfaatkan seorang kanak-kanak untuk membantu keluarga di kebun sawit berakhir dengan tragedi apabila maut dalam insiden di Sungai Tiang Darat, di sini.
Dalam kejadian sekitar 2 petang Rabu itu, mangsa, Mohd Riduan Hakim Abd Rashid,12 tahun, maut apabila sabit yang digunakan untuk mengait buah kelapa sawit melantun dan mengenai dada murid SK Sungai Tiang Darat itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan insiden menyayat hati berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 3.45 petang berkenaan kematian mangsa.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah mengikuti datuknya untuk pergi mengait sawit sempena cuti sekolah sekitar jam 9.30 pagi, dan ketika datuknya mengait sawit, tiba-tiba buah sawit telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait.
“Senjata itu kemudian melantun mengenai dada mangsa di sebelah kiri dan setelah mangsa di bawa ke klinik berdekatan, mangsa disahkan meninggal dunia.
“Datuk mangsa tidak terlibat dengan kes ini kerana ia berlaku secara tidak sengaja,” tegasnya ketika dihubungi Astro Awani pada lewat malam Rabu.
Mohd Marzukhi berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi tujuan bedah siasat.
“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Jan 31 2018
Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia sebelum mayat itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.
Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.
FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Harga MSM dijangka sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini - MPOB
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata harga MSM pada tahun lepas adalah antara RM3,800 hingga RM4,200 satu tan.
Hubungan baik dengan India, cepatkan Malaysia menjadi negara maju - Pakar
Hubungan yang baik dengan India akan membantu mempercepatkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.