awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit

Bernama
Bernama
09/10/2024
13:58 MYT
Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Ahmad Jamil berkata pasangan berusia 26 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira 11.15 malam pada Isnin lepas di pekarangan Balai Polis Merlimau. - Gambar FB Polis Jasin
JASIN: Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata pasangan berusia 26 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira 11.15 malam pada Isnin lepas di pekarangan Balai Polis Merlimau.
"Kejadian terbongkar selepas kereta jenis Proton Iriz yang dinaiki mereka dan mengangkut kelapa sawit yang dicuri itu terbabas dan terbakar.
"Siasatan awal mendapati pasangan itu disyaki terlibat dengan kes kehilangan 30 tandan kelapa sawit yang dilaporkan seorang polis bantuan syarikat perladangan pada 3 Okt lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Jamil berkata kejadian itu disedari pengadu selepas melihat kesan mencurigakan pada 21 pokok kelapa sawit.
Beliau berkata jumlah kerugian dianggarkan RM500 dan polis juga merampas sebilah sabit serta hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.
"Suspek lelaki ditahan reman empat hari hingga 11 Okt manakala suspek wanita ditahan tiga hari hingga esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#rekod lampau
#Kanun Keseksaan
#polis bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan