awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari

Bernama
Bernama
18/10/2024
21:15 MYT
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Johari berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta yang diterima kementeriann juga akan digunakan bagi membantu pekebun-pekebun kecil meneruskan program penanaman semula. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Komoditi dan Perladangan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Daripada peruntukan tersebut, beliau berkata, sebanyak RM50 juta akan digunakan untuk MSPO manakala RM15 juta akan digunakan bagi melawan kempen antiminyak sawit Malaysia.
Selain itu, Johari berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta yang diterima kementeriann juga akan digunakan bagi membantu pekebun-pekebun kecil meneruskan program penanaman semula.
"Walaupun tahun lepas kita sudah menerima RM100 juta, tahun ini pun kita mendapat jumlah yang sama. Perlahan-lahan kita laksanakan untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Diharapkan peningkatan dalam penanaman semula ini akan memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil," katanya kepada media selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Bangunan Parlimen, pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat turut mengumumkan dalam Belanjawan 2025 bahawa kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang bagi kenaan levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit kepada RM3,150 bagi Semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah dan Sarawak kepada RM3,650.
Anwar berkata, struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah akan disemak semula mulai 1 November 2024, dan layanan semasa bagi eksport minyak sawit mentah dari Sabah dan Sarawak akan dikekalkan. - BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#Belanjawan 2025
#MSPO
#mimnyak sawit mentah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan