JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini, pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Zulkarnain Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.31 malam.
Katanya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.
"Kita dapati seorang kanak-kanak lelaki didapati tersangkut di bahagian bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.
"Anggota bomba bertindak membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri dengan menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, operasi ditamatkan pada jam 8.05 malam.
Sementara itu, seorang penduduk dikenali sebagai Nina berkata, kanak-kanak itu merupakan penduduk di flat berkenaan.
"Saya bersyukur kerana kanak-kanak berkenaan kasih bernyawa dan kami mendoakan dia diberi kesembuhan," katanya dalam menerusi media sosial. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 30 2023

Anggota bomba bertindak membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri dengan menggunakan pengusung. -Foto Sinar Harian

AWANI Ringkas: SM Faisal, Emilia akan cuba selesai kes luar mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan ummah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat khususnya yang beragama Islam memanfaatkan bulan Ramadan untuk membentuk penyatuan ummah.

Zainab Mohd Salleh tampil perjelas dakwaan isteri kedua Abdul Latiff
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff tampil melalui peguamnya Yusfarizal Yusoff menjelaskan dakwaan tersebut.

KKM galak sediakan kod QR, mudahkan aduan kualiti makanan
Kementerian Kesihatan Malaysai galakkan setiap negeri menyediakan imbasan kod QR di bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan.

Amalan tidak jejas penyampaian perkhidmatan - CUEPACS
Amalan segelindir penjawat awam bawahan yang berlagak berkuasa seperti pegawai di peringkat tertinggi tidak terlalu serius sehingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
![[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam [TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015473/16574787851679661843390_640x360.jpg)
[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam
Air Selangor menerusi kenyataan memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam bermula jam 10 malam ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu).

1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan - KPDN
Daripada jumlah itu hanya tiga premis dikompaun atas kesalahan kecil seperti tidak mempamer tanda harga dan alat penimbang tamat tempoh.

Dialog Anak Muda: Mobiliti anak muda
Adakah sistem pengangkutan awam negara cukup mesra anak muda? Guna pengangkutan awam untuk jimat poket atau ubah gaya hidup? Apa idea anak muda untuk tambah baik sistem kesalinghubungan pengangkutan awam? Dialog Anak Muda, Jumaat 8.30 malam

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.