awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak patah tulang selangka, kemalangan semasa lintas jalan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/08/2022
02:30 MYT
Kanak-kanak patah tulang selangka, kemalangan semasa lintas jalan
Muhamad Ismail berkata kemalangan berpunca dari tindakan kanak kanak itu yang berlari melintas jalan sebaik tangannya terlepas dari genggaman penjaga. - Foto Astro AWANI
BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun patah tulang selangka dan luka di bahagian badan apabila melanggar sisi depan sebuah kereta di Jalan Wakaf Aik, di sini, petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Bachok Supt Muhamad Ismail Jamaluddin, kejadian sekitar jam 3.30 petang itu turut menyebabkan kemalangan antara kenderaan jenis Perodua Myvi dan Proton Exora.
Katanya, kejadian berlaku apabila kanak-kanak lelaki berkenaan melintas jalan dan pada masa sama, sebuah Proton Exora datang dari Jalan Besut menghala Pengkalan Chepa, manakala Perodua Myvi datang dari arah bertentangan.
Ketika kanak-kanak berkenaan melintas, pemandu Proton Exora mengelak dan memasuki laluan bertentangan sehingga melanggar Perodua Myvi di laluan bertentangan.
Ia menyebabkan kanak-kanak berkenaan merempuh sisi kanan Proton Exora berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua pemandu, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Muhamad Ismail turut memaklumkan, kanak-kanak berkenaan ditemani seorang lelaki dewasa yang memimpinnya, namun mangsa dikatakan merentap tangannya dan terlepas dari genggaman sebelum berlari melintas jalan.
Kedua-dua kenderaan berkenaan mengalami kerosakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987.
Kemalangan | Seorang kanak-kanak cedera langgar sisi depan kereta
Topic Berkaitan
#kemalangan
#patah tulang selangka
#kanak-kanak langgar kereta
#kanak-kanak melintas jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan