GEORGE TOWN:Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan terperangkap di dalam kereta dengan enjin dihidupkan dalam kejadian di Tingkat Paya Terubong 4, Taman Terubong Indah, Air Itam, di sini hari ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Noor Zahidi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 12.30 tengah hari.
"Pihak kami dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Bezza dalam keadaan enjin dihidupkan selama hampir setengah jam di kawasan letak kenderaan perumahan itu.
"Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian dengan membawa peralatan khas," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, selepas tiba di lokasi, mereka berbincang tentang langkah yang akan diambil dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang kemudian teringat mengenai kunci pendua di rumah mereka.
Malangnya, kunci rumah juga berada di dalam kereta menyebabkan mereka memutuskan untuk memecahkan kunci pintu rumah bagi mengambil kunci pendua kereta tersebut, katanya.
"Namun, kami tidak sempat memecahkan kunci pintu rumah kerana si bapa berjaya membimbing anaknya menekan butang menurunkan cermin tingkap kereta," katanya.
Menurutnya kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik sekalipun terperangkap dalam keadaan panas kerana pendingin hawa kereta tidak dihidupkan.
Mohamad Noor Zahidi berkata, pihaknya difahamkan kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan mahu keluar untuk membeli-belah barang keperluan.
Ibu bapa kanak-kanak itu meletakkan anak mereka di dalam kereta dengan enjin dihidupkan dan pintu ditutup sebelum mengemas barang di dalam but kereta tersebut, namun si anak dipercayai tertekan butang kunci pintu menyebabkan dia terperangkap, katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Kanak-kanak itu terperangkap dalam keadaan panas kerana pendingin hawa kereta tidak dihidupkan. -Gambar hiasan

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Dua sepupu ditahan cuba seludup dadah ketika PKP
Tindakan lelaki menyeludup dadah melalui jalan tikus ketika PKP gagal selepas ditahan Polis Melaka.

UMNO | Beri peluang kepada Zahid sehingga tamat penggal
Terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar itu.

Kanak-kanak setahun terkunci dalam kereta
Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan selama hampir setengah jam.